Artis Hip Hop Korea Bakal Ditampilkan dalam program Hip-Hoppin Asia Musim 2

Leave a Comment
Program dokumentari hip hop terbitan 8TV, 'Hip-Hoppin’ Asia' kembali untuk musim kedua menampilkan hos baru artis SonaOne yang akan membawa penonton mengembara ke beberapa negara di Asia untuk melihat pergerakan Hip Hop di sana.

Hip-Hoppin' Asia, SonaOne, 8TV, Verbal Jint, Hip Hop, Dynamic Duo, Korea

Musim pertama yang disiarkan pada tahun 2012 mendapat sambutan hangat dari penonton. Kami pun turt menonton dengan harapan untuk melihat jika Korea ditampilkan tetapi sayang sekali tiada. Untuk musim baru ini, artis hip hop dari Korea telah ditampilkan berdasarkan trailer baru di bawah.

Selepas itu, kami melihat Instagram SonaOne di mana dia telah mengambil gambar dengan beberapa artis hip hop Korea seperti Verbal Jint, Swings, Dynamic Duo dan Okasian. Jika anda mengikuti twitter kami, pasti perasan dengan nama-nama ini untuk video Pilihan Hari Ini. 

Berdasarkan tarikh di gambar, penggambaran telah dilakukan pada tahun lepas dan Swings juga baru sahaja pergi menjalani khidmat negara pada tahun ini.

Hip-Hoppin' Asia: The Saga Continues bakal disiarkan setiap hari Khamis bermula 28 Mei ini di 8TV.



Ini pula gambar-gambar dari Instagram Sonaone bersama artis-artis hip hop Korea.

SonaOne dibawa Swings berjalan.

Bersama Swings

Bersama Verbal Jint (ya, kami cemburu)

Bersama Dynamic Duo

Bersama Okasian

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan