Filem Ode To My Father dan Helios Mula Ditayangkan

Leave a Comment
ode to my father, korea, malaysia, hwang jung min, 2015

Bertuah kaki wayang di Malaysia terutama bagi mereka yang meminati pelakon dan filem dari Korea kerana akan ada dua filem yang akan ditayangkan dalam masa terdekat ini.

Filem pertama iaitu Ode To My Father yang mencatatkan jumlah kutipan tiket tertinggi di Korea pada tahun ini. Membariskan pelakon handalan seperti Hwang Jung Min, Kim Yun Ji dan Oh Dal So.

Filem in mengisahkan ayah dan adik seorang budak lelaki bernama Deok-Su maut apabila cuba melarikan diri dari sebuah kawasan peperangan. Deok-Su dan ahli keluarganya yang lain berjaya melarikan diri ke Busan. Mereka memulakan kehidupan sebagai pelarian tetapi Deok-Su tidak pernah melupakan janjinya terhadap ayahnya, iaitu dia akan terus sedaya upaya menjaga keluarganya. Janji itu dipegang oleh Deok-Su seumur hidupnya.

Filem ini bakal menyentuh perasaan dan mengingatkan anda kepada ayah masing masing. Tak percaya, mari lihat treler filem ini.



Filem Kantonis, Helios pula bakal menampilkan pelakon Korea Choi Si Won dan Ji Jin Hee di samping pelakon terkenal Hong Kong Jacky Cheung dan Nick Cheung.

helios, malaysia, choi si won, ji jin hee, 2015

Filem ini memaparkan aksi penjenayah dikehendaki yang bergelar Helios, lakonan Jacky Cheung, dan juga pembantunya (Janice Man) yang mencuri uranium untuk dijadikan senjata api secara besar-besaran. Mereka merancang untuk menjalinkan kerjasama dan menjual senjata api itu kepada organisasi pengganas di Hong Kong. Pihak berkuasa dari Hong Kong, China dan Korea Selatan berusaha menghentikan rancangan Helios.

Choi Si Won dan Ji Jin Hee memegang watak sebagai pakar senjata dan nuklear dari Korea Selatan.



Filem-filem ini akan berada di pawagam berhampiran mulai 30 April ini. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan filem hebat ini.

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan