Jun Ji Hyun Bakal Hiasi Muka Depan Majalah ELLE versi Malaysia

Leave a Comment
Berita baik buat peminat pelakon jelita Jun Ji Hyun di sini. Pelakon popular ini bakal menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup ELLE yang akan diterbitkan di enam negara Asia.

jun ji hyun, elle, korea, malaysia, mei, cantik, majalah

ELLE Korea telah mengeluarkan gambar Jun Ji Hyun yang telah menghiasi majalah ini untuk isu April dan untuk Mei pula untuk edisi di China, Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan Vietnam.

Semua edisi ini termasuk isu Mei untuk versi Singapura akan mengandungi gambar-gambar pelakon ini. Untung buat peminat di sini kerana versi Malaysia lagi murah dan boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran. 

Populariti Jun Ji Hyun di Asia melonjak setelah membintangi siri drama My Love From The Star popular bersama pelakon lelaki Kim Soo Hyun.

Untuk perkembangan lakonan Jun Ji Hyun terkini, dia akan muncul dalam filem aksi Korea terbaru berjudul Assassination bersama pelakon Lee Jung Jae dan Ha Jung Woo. Filem tersebut dijangka berada di pawagam dalam tahun ini.

Sumber : [1]

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan