Kwanghee Sertai Infinite Challenge Sebagai Ahli Keenam

Leave a Comment
kwanghee, MBC, Malaysia, Oh!K, 2015, Infinite Challenge, ZE:A

Dalam episod terbaru, rancangan paling popular di Korea, Infinite Challenge telah mengumumkan Kwanghee dari kumpulan idola ZE:A sebagai ahli keenam. Bintang idola itu telah melalui siri ujian dan penyingkiran untuk menjadi ahli Infinite Challenge.

Turut bersaing di samping Kwanghee merebut tempat ini ialah Siwon (Super Junior), Hong Jin Kyung, Kang Kyun Sung (Noel) dan Jang Dong Min di mana mereka berpasangan dengan ahli Infinite Challenge yang sedia ada membuat pembentangan untuk idea yang berpotensi untuk episod yan mendatang. Kwanghee mendapat 3 dari 5 undi berdasarkan ideanya iaitu menukar 'pengganas fesyen' menjadi 'fesyenista' dan ini membolehkan dia mendapat tempat ahli keenam.

kwanghee, MBC, Malaysia, Oh!K, 2015, Infinite Challenge, ZE:A

Kwanghee akan menyertai program ini yang telah masuk tahun kesepuluh dan akan beraksi di samping Yoo Jae Suk, HaHa, Park Myung Soo, Jung Hyung Don dan Jung Joon Ha

Ekspres dari Korea, Infinite Challenge disiarkan setiap Sabtu pada pukul 8 malam hanya di Oh!K (Saluran Astro 394)

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan