Lee Kwang Soo Jadi Model Terbaru LINE Malaysia

Leave a Comment
lee kwang soo, LINE, Malaysia, iklan, 2015

Mesti ramai sudah melihat iklan terbaru LINE yang menampilkan Lee Kwang Soo samada di kaca television atau komputer. Lee Kwan sebagai pelakon di dalam iklan tersebut.

Iklan ini memperkenalkan program ganjaran terbaru iaitu LINE Mileage di mana pengguna boleh mengumpul mata dan menebus ganjaran dari jenama tertentu seperti Starbucks, Chatime, Zalora dan Lazada.

Patutlah ada dalam iklan ini, Lee Kwang Soo berada di Starbucks dan meja dipenuhi dengan makanan dan produk yang dikenali di Malaysia. Tapi tiada pula kami mendengar berita yang dia datang ke Malaysia untuk penggambaraan iklan ini.

Sudahkan anda melihat video di sebalik tabir pembikinan iklan LINE tersebut. Mungkin ini boleh menjawab persoalan di mana Lee Kwang Soo membuat penggambaraan. Berdasarkan video di bawah, penggambaraan dilakukan di Korea.





Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan