Lee Min Ho Duta Jenama Untuk 11street Malaysia Akan Datang Bertemu Peminat

Leave a Comment
Pada 24 April ini, Lee Min Ho akan datang ke Malaysia selaku duta jenama untuk pelancaran rasmi 11street, peneraju e-dagang terbesar Korea yang kini akan mempunyai versi tempatan.

April 2015, Lee Min Ho, 11street, Malaysia, Suzy

Antara pelakon terhangat Korea Selatan buat masa ini tidak lah asing lagi buat peminat di Malaysia. Dia baru sahaja bertemu peminat di sini pada Februari yang lalu dan sebelum itu pada September 2014, hadir sebagai duta jenama. Rupa yang kacak dan imej yang bersih membolehkan Lee Min Ho menjadi duta pelbagai produk dari kecantikan, makanan dan hinggalah ke laman e-dagang.

Jika anda terlepas untuk bertemu Lee Min Ho sebelum ini, jangan lepaskan peluang untuk kali ini. Sudahkah anda melayari laman 11street.my ini. Ada produk yang anda gemari dan ingin memiliki? Ikuti tiga langkah mudah berikut di laman Facebook 11streetMY. Pemenang akan memenangi produk idaman dan berpeluang bertemu dengan Lee Min Ho.

April 2015, Lee Min Ho, 11street, Malaysia, Suzy

Ditubuhkan di Korea pada tahun 2008, 11street adalah antara peneraju e-dagang dunia dengan perniagaan di Turki dan Indonesia. Terdapat pelbagai piihan dan tawaran istimewa untuk produk-produk di bawah 8 kategori yang berbeza.

11street di Malaysia dikendalikan oleh Celcom Planet Sdn Bhd (Celcom Planet). Ditubuhkan pada November 2014, Celcom Planet adalah usaha sama antara Celcom Axiata Bhd dan SK Planet, penyedia utama laman e-dagang Korea yang juga anak syarikat milik penuh syarikat telekomunikasi mudah alih, SK Telecom. 

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan