Pilihan Program Korea Menarik di Saluran Astro Terbaru Oh! K

Leave a Comment
Peminat Hallyu di Malaysia sekarang boleh menikmati hiburan terkini dari Korea melalui Oh!K, saluran TV terbaru dan hangat kini boleh ditonton di Astro saluran 394.

Memberikan hiburan terbaik Korea, Oh!K menyediakan hiburan beserta sarikata dan pilihan audio terdiri daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina dalam masa 24 jam sebaik sahaja episod pertama disiarkan di Korea.

Saluran Oh!K HD (Saluran 394) membawa drama siri premium, rancangan variati dan program muzik oleh penyiar Korea, MBC.

Untuk siaran April ini, mereka telah menyediakan beberapa program menarik terdiri daripada drama dan rancangan hiburan yang popular di Korea buat masa ini.


Let us get May started right for you! Here's what's coming up in May, right here on Oh!K!
Posted by OhK TV Asia on Friday, May 1, 2015

DRAMA

Oh!K, Malaysia, 2015, Astro, 394, Hwajeong, Cha Seung Won, Lee Yeon Hee

HWAJEONG
TAYANGAN PERDANA
Selasa & Rabu @ 8.55mlm (Tayangan Perdana: 14 Mei)

Putera Gwanghae yang keji bertindak menghalau kakak tirinya dan waris sah diraja dari istana kerana dia ingin menduduki takhta tersebut. Dalam pergelutan kuasa yang berlaku, Puteri Jeongmyeong berkomplot untuk membalas dendam bagi menuntut kembali hak kelahirannya.

Dibintangi: Cha Seung Won, Lee Yeon Hee, Seo Kang Jun, Lee Sung Min
• Tayangan pada hari yang sama seperti Korea.
• Sari kata boleh didapati dalam Bahasa Cina, Inggeris & Melayu.

-----

Oh!K, Malaysia, 2015, Astro, 394, Angry Mom, Kim Hee Sun, Kim Yoo Jung

ANGRY MOM
Khamis & Jumaat @ 10.00mlm

Semasa zaman mudanya, Jo Gang-Ja adalah budak yang terkenal di taman permainan. Tetapi apabila anak perempuannya, A-Ran, menjadi sasaran pembuli, ibu yang bersifat pelindung ini memutuskan untuk mempertahankannya dengan cara yang terbaik iaitu dengan menjadi pelajar sekolah tinggi semula!

Dibintangi: Kim Hee Sun, Kim Yoo Jung, Ji Hyun Woo, Lizzy (After School)
• Sari kata didapati dalam Bahasa Cina, Inggeris & Melayu.

----- 

Oh!K, Malaysia, 2015, Astro, 394, Four Legendary Witches, Han Ji Hye, Ha Suk Jin

FOUR LEGENDARY WITCHES
Khamis & Jumaat @ 8.55mlm

Dimanipulasi oleh keluarga mertuanya, Soo-in didapati bersalah atas jenayah yang tidak dilakukannya. Dalam penjara, dia berjumpa tiga rakan baik yang berkongsi minat yang sama iaitu membakar kek, biskut dan roti. Selepas mereka dibebaskan, mereka menggunakan kemahiran yang baru dipelajari untuk membuka kedai roti yang bersaing dengan Kumpulan Shinhwa.

Dibintangi: Han Ji Hye, Ha Seok Jin, Oh Hyun Kyung, Ha Yeon Soo, Ko Du Shim, Jeon In Hwa
• Boleh didapati dengan 4 sari kata bahasa tetapi tiada alih suara.

-----

Oh!K, Malaysia, 2015, Astro, 394, Rosy Lovers, Han Sun Hwa, Lee Jang Woo

ROSY LOVERS
Selasa & Rabu @ 10.00mlm

Jang Mi berasal daripada keluarga kaya raya dan walaupun mendapat bantahan keluarganya, dia menjalinkan hubungan dengan Cho-dol, pelajar kolej yang sederhana dan kemudiannya mengandung. Melalui pelbagai cabaran dan rintangan, hubungan mereka berkembang dan mereka menemui cinta sejati.

Dibintangi: Lee Jang Woo, Han Sun Hwa, Yoon Ah Jung, Han Ji Sang, Kim Min Seo
• Sari kata boleh didapati dalam Bahasa Cina, Inggeris & Melayu.
• Terdapat pilihan untuk alih suara dalam Bahasa Cina & Melayu.

VARIASI 

Oh!K, Malaysia, 2015, Astro, 394, Just Married, Henry, Yewon

JUST MARRIED
SIARAN KHAS
Khamis & Jumaat @ 11.05mlm (Tayangan Perdana: 7 Mei)

Pernah tertanya-tanya bagaimana selebriti menjalani kehidupan selepas berkahwin? Just Married adalah siri kisah realiti mengenai enam pasangan selebriti kesayangan ramai yang comel dalam kehidupan selepas 'berkahwin'. Ikuti kisah idola popular ini apabila mereka menghadapi saat suka duka perhubungan dalam cara yang tidak disangka-sangka dan kelakar.

Dibintangi: Henry Lau (Super Junior), Kim Yewon, Lee Jong Hyun (CN BLUE), Gong Seung Yeon
• Tayangan pada hari yang sama seperti Korea.

-----

Oh!K, Malaysia, 2015, Astro, 394, Infinite Challenge, Yoo Jae Suk, Park Myung Soo

BEST OF INFINITE CHALLENGE & INFINITE CHALLENGE
Sabtu @ 8.00mlm dan 9.30mlm

Infinite Challenge dihoskan oleh sekumpulan pengacara gila-gila yang tidak akan berhenti membuat anda ketawa dengan jenaka-jenaka mereka. Infinite Challenge memaparkan beberapa individu terkenal termasuk Yoo Jae Suk, HaHa and Park Myung Soo.

Dibintangi: Yoo Jae Suk, Park Myung Soo, HaHa, Jung Hyung Don, Jung Jun Ha

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan