Super Junior Tidak Akan Mengadakan konsert Super Show 6 di Malaysia

Leave a Comment
Super Show 6 ialah siri konsert jelajah keenam Super Junior dalam mempromosikan album terbaru mereka, Mamacita. Konsert ini bermula di Seoul pada September 2014 dan mereka telah pergi banyak negara.

super junior, super show 6, malaysia, korea, lee teuk, siwon, mamacita

Peminat Super Junior di Malaysia begitu menantikan akan kehadiran konsert Super Junior di sini memandangkan ketua kumpulan iaitu Lee Teuk kembali setelah menjalani perkhidmatan tentera.

Penganjur iaitu Star Planet telah mengumumkan melalui laman Facebook mereka dimana konsert ini tidak akan berlangsung di Malaysia. Mereka telah menganjurkan konsert Super Junior Super Show 5 di Malaysia pada 2013.

Announcement 13 April - After various considerations, we regret to inform fans that Star Planet will not be organizing Super Show 6 in Malaysia this year. Thank you.

Notis 13 April - Setelah mempertimbangkan segala kemungkinan, dukacita dimaklumkan kepada peminat bahawa Star Planet tidak akan menganjurkan Super Show 6 di Malaysia tahun ini. Terima kasih. 

- Star Planet (melalui laman FB)
Walaupun Super Junior tidak akan mengadakan konsert di sni, mereka masih mempunyai baki dua lagi konsert terakhir iaitu di Singapura pada 1 Mei dan Indonesia pada 3 Mei ini. ELF di Malaysia masih berpeluang untuk menemui mereka di dua lokasi yang disebutkan tadi.

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan