Video Ucapan dari Royal Pirates buat Peminat di Malaysia

Leave a Comment
royal pirates, malaysia, 1borneo, ucapan, video, korea

Mesti peminat band Royal Pirates sedang menghitung hari untuk bertemu Moonchul, Sooyoon dan James di depan mata sendiri sempena jelajah promosi di Malaysia untuk album terbaru mereka 'Love Toxic'.

Sudahkah anda mendapatkan album terbaru mereka yang telah berada di pasaran sejak 13 April yang lalu? Setiap pembelian CD membolehkan peminat menebus 2 pass untuk ke showcase Royal Pirates di Kuala Lumpur. Berikut ialah senarai cawangan CD-Rama terpilih untuk menebus pass di cawangan Ikano Power Centre, Sunway Pyramid, One Utama, Paradigm Mall, Cheras Leisure Mall, AEON Bukit Tinggi dan Puchong IOI Mall.

Ini pula ialah video ucapan dari Royal Pirates buat peminat semua.



Beberapa hari yang lalu, mereka juga meninggalkan status di laman Facebook di mana mereka tak sabar untuk bertemu peminat di sini.

Royal Pirates is coming to Malaysia!! It had been a long wait to meet to fans in Malaysia! We hope to see many of you...

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan