80 Peratus Tiket Konsert BIGBANG di Malaysia Habis Dijual

Leave a Comment
TIKET, BIGBANG, 2015, Malaysia, konsert, Quill City Mall

Jualan tiket BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA yang telah diadakan pada 17 Mei yang lalu telah selamat dilakukan. Ratusan peminat BIGBANG telah mula beratur di Quill City Mall sejak hari Ahad yang lalu untuk membeli tiket. Seramai 6000 peminat tempatan dan luar negara yang tidak dapat hadir ke tempat jualan melayari laman web TicketCharge untuk membeli tiket secara atas talian mengikut masa yang ditetapkan. 

Dilaporkan tiket-tiket telah terjual 80% dalam masa beberapa jam sahaja untuk kebanyakan zon. Jualan bermula seawal 11 pagi. Kami mengikuti laporan tweet langsung dari rakan-rakan kami yang berada di sana.

Walaupun tiket konsert ini agak mahal tetapi ini menunjukkan yang peminat masih menyokong BIGBANG. Kami harap tiada berita mengenai harga tiket yang dijual secara gelap dan lebih tinggi dari harga asal kelak.

Berdasarkan pelan di bawah hanya ada beberapa zon lagi yang masih belum terjual. Tiket terhad ini boleh dibeli di laman web TicketCharge. Pemegang tiket Zon Rock A, B dan VIP Cat 1 layak untuk cabutan bertuah ke Sound Check Party yang akan diumumkan kelak.

TIKET, BIGBANG, 2015, Malaysia, konsert, Quill City Mall

Untuk maklumat terkini perkembangan konsert, ikuti laman Facebook IME Productions atau BIGBANG.

Sudahkan anda mendapatkan tiket ke konsert ini?

TIKET, BIGBANG, 2015, Malaysia, konsert, Quill City Mall

TIKET, BIGBANG, 2015, Malaysia, konsert, Quill City Mall

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan