BIGBANG Tambah Sehari Lagi Konsert di Malaysia

Leave a Comment
BIGBANG, 2015, MADE, KONSERT, MALAYSIA, STADIUM PUTRA

Pertama kali dalam sejarah konsert K-Pop di Malaysia apabila artis mengumumkan untuk menambah sehari lagi konsert mereka. Artis yang dimaksudkan ialah BIGBANG. Poster konsert juga telah ditambah dengan tarikh baru seperti di atas.

Konsert tiket pada 25 Julai telah habis dijual beberapa hari selepas ia dilancarkan dan semalam IME Productions mengumumkan akan menambah satu lagi hari iaitu 24 Julai (Jumaat) pada pukul 8.30 malam di Stadium Putra Bukit Jalil. Satu banner besar BIGBANG akan digantung di Quill City Mall mulai Sabtu ini untuk menghangatkan lagi konsert ini.

Sebelum hari jualan bermula, konsert ini telah menarik perhatian ramai peminat memandangkan ini adalah konsert jelajah sempena album terbaru mereka. Pada 17 Mei, 80 peratus tiket telah habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja. Kemudian pada 22 Mei pula diumumkan, tiket-tiket untuk konsert bertarikh 25 Julai telah habis dijual.

Untuk tarikh baru ini, tiket telah mula dijual di laman web TicketCharge bermula hari ini 22 Mei pada 10 pagi. Tiket-tiket juga boleh dibeli di kedai-kedai muzik terpilih.

IME Productions juga telah memberi maklumat terbaru melalui twitter mereka tentang perkembangan terkini jualan tiket untuk konsert pada 24 Julai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi pihak penganjur IME Productions atau Facebook rasmi BIGBANG.

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan