BTS Menang di 'Show Champion' Beri Ucapan Video dari Malaysia

Leave a Comment
BTS, Show Champion, Malaysia, 2015, Sabah

Kumpulan BTS telah datang ke Malaysia awal sebulan sebelum konsert mereka di sini. Kedatangan mereka kali ini dirahsiakan dan kami perasan dari tweet bergambar mereka yang jelas menunjukkan persekitaran di sini.

Negeri Sabah sekali lagi menjadi tumpuan artis Korea pada tahun ini. Pada bulan April, kita dikejutkan dengan Davichi dan Ailee membuat persembahan sementara band Royal Pirates pula datang pada awal bulan Mei.

Kemungkinan besar kumpulan BTS yang terdiri dari 7 ahli ini berada di Sabah untuk penggambaran majalah, buku bergambar atau DVD. (Peminat hendaklah bersedia untuk membeli bila dikeluarkan kelak). Terdapat laporan peminat yang menyatakan mereka berada di tepi pantai dan juga sekitar Kota Kinabalu.

Mereka dikatakan telah tiba pada 10 Mei dan menghabiskan masa dengan melakukan sesi penggambaran. Mereka dijadualkan muncul dalam rancangan muzik Show Champion yang disiarkan setiap Rabu dan BTS telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu ini. Tetapi mereka tidak dapat mengambil trofi disebabkan dalam penerbangan pulang ke Korea. Tahniah kami ucapkan kepada mereka.

Show Champion menyiarkan persembahan mereka dengan lagu I Need U yang telah dirakamkan terlebih dulu dan juga video ucapan kemenangan mereka yang dirakamkan di sini.



Ini pula tweet dari twitter rasmi program Show Champion.
Sementara itu, berikut ialah tweet-tweet dari BTS berlatar belakangkan pemandangan di sini.

Bagi yang belum lagi mendapatkan tiket untuk ke konsert mereka di sini bulan Jun ini, bertindak lah sekarang sebelum terlewat.

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan