Sah Konsert BIGBANG di Kuala Lumpur Julai Ini

Leave a Comment
BIGBANG, MADE, 2015, konsert, Malaysia, Stadium Putra

Penantian para VIP selama tiga tahun menunggu berita terbaru mengenai artis kegemaran mereka telah berakhir. Kumpulan BIGBANG telah mengesahkan mereka akan mengadakan konsert di Malaysia iaitu di Stadium Putra pada hari Sabtu, 25 Julai ini.

Pengumuman mengenai tarikh konsert 'BIGBANG 2015 WORLD TOUR 'MADE' in Kuala Lumpur' itu diumumkan menerusi laman Facebook rasmi BIGBANG baru-baru ini.

Konsert ini merupakan siri konsert jelajah dunia terbaru "MADE" dan juga album terbaru mereka. Konsert bermula di Seoul pada 25-26 April yang lalu. Lihat gambar konsert di Seoul.

Sebelum ini BIGBANG yang dianggotai oleh G-Dragon, TOP, Taeyang, Daesung dan Seungri pernah mengadakan konsert ALIVE pada 2012 di Kuala Lumpur. Malah G-Dragon dan Taeyang juga pernah mengadakan konsert solo mereka di sini.

Peminat boleh menyertai laman Facebook acara konsert ini yang disediakan oleh BIGBANG. Sementara itu, penganjur konsert di Malaysia iaitu IME Productions juga mengumumkan maklumat jualan tiket akan diberitahu kelak.

Anda sudah menyaksikan trailer untuk konsert jelajah tour ini? Video yang padat dengan aksi ini telah dilakukan di Amerika Syarikat di mana ramai karyawan yang berbakat telah terlibat.



Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan