Saksikan Drama Siri Korea Terbaru di Cool2vu!

Leave a Comment
Kami pasti ramai yang pernah mendengar atau menonton drama melalui laman portal Maaduu. Kini mereka dikenali sebagai Cool2vu masih lagi menawarkan perkhidmatan video Korea nombor 1 di Malaysia.

Berita gembira buat peminat-peminat drama Korea di mana Cool2vu bakal menyiarkan tiga drama terbaru istimewa buat penonton dan peminat.

Orange Marmalade, Yeo Jin Goo, Seolhyun

Drama Orange Marmalade digelar drama paling ditunggu 2015 yang diadaptasikan dari webtoon dengan judul yang sama. Drama ini nampak seperti drama remaja yang biasa tetapi ada sesuatu yang unik. Drama pertama lakonan pelakon remaja yang berbakat besar sebagai teraju utama iaitu Yeo Jin Goo (Potato Star 2013QR3, I Miss You) dan turut dibintangi oleh pelakon-idola Seolhyun (Ugly Alert, Seo-Young, My Daughter) dan Lee Jong Hyun (Adolescence Medley, Gentleman's Dignity).

Midnight’s Girl, Nam Tae Hyun, Seo Min Ji

Drama kedua pula ialah drama web yang mempunyai lapan episod. Midnight's Girl ialah judul untuk drama web yang menampilkan Nam Tae Hyun selaku teraju utama. Dia juga turut dikenali sebagai seorang ahli kumpulan dari YG Entertainment dan juga pelakon Seo Min Ji (Persevere, Goo Hae-Ra, Golden Cross). Ada elemen misteri dan romantik diselitkan dalam drama ini. 

who are you, school 2015, kim so hyun, nam joo hyuk

Adakah anda peminat drama School 2013? Jika ya, anda kena menonton drama terbaru dalam siri ini iaitu Who Are You: School 2015. Pelakon remaja wanita yang sedang meningkat naik iaitu Kim So Hyun (The Girl Who Sees Smells, Reset), pelakon-model Nam Joo Hyuk (Surplus Princess) dan pelakon idola Yook Sung Jae (Age Ending in Nine Boy, Reply 1994) dalam drama yang bakal membawa anda mengimbau kembali zaman persekolahan. Mempunyai unsur misteri yang akan membuat anda menonton drama ini sehingga tamat.

Semua drama ini boleh ditonton dengan sari kata dalam bahasa Melayu. Oleh itu, tak perlu risau mengenai sari kata. Mari tonton kesemua drama ini secara percuma di www.cool2vu.com.

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan