Sorotan Drama Terbaru di Oh!K untuk Jun 2015

Leave a Comment
Tiga drama baru akan menemui peminat drama Korea di Oh!K Saluran Astro 394 mulai bulan Jun ini. Pastikan kaki tegar drama tidak ketinggalan untuk mengikuti drama-drama ini.

WARM AND COZY, Kang So ra, Yoo Yeon Seok

WARM AND COZY
Tayangan Perdana 4 Jun, setiap Khamis & Jumaat @ 8.55 malam
Selepas gagal dalam kareer dan percintaan, Jeongju mengambil keputusan untuk berpindah ke Pulau Jeju di mana dia bertemu dengan Geon Wu seorang chef dan pemilik restoran yang juga romantis. Dengan personaliti yang berbeza, dapatkan pasangan ini menemui cinta sejati di pulau yang indah ini?

Pelakon : Kang So Ra, Yoo Yeon Seok, Jin Young, Kim Seong Oh, Seo I An
- Dengan sarikata Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia

APGUJUNG MIDNIGHT SUN, Kang Eun Tak, Park Ha Na

APGUJUNG MIDNIGHT SUN
Tayangan Perdana 17 Jun, setiap Isnin hingga Jumaat @ 7.45 malam
Hidup tidak seperti yang dilihat di kaca TV. Eksekutif muda dari empat keluara bekerja dalam industri hiburan meneroka konsep nasib dan takdir. Mereka menemui ada garis halus antara cinta dan benci dan drama tidaklah hanya terhad di kaca TV.

Pelakon: Kang Eun Tak, Park Ha-Na, Baek Ok Dam, Hwang Jung Seo, Song Won Geun
- Dengan sarikata Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia


Kim Sung Ryung, Lee Sung Kyung, THE FLOWER OF QUEEN

THE FLOWER OF QUEEN
Tayangan Perdana Mei 28, setiap Khamis & Jumaat @ 10 malam
Seorang ibu meninggalkan anak kandungnya sendiri untuk mengejar kehidupan sebagai chef selebriti. Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu kebali dan jatuh cinta kepada dua lelaki dari keluarga yang sama. Bolehkah mereka belajar erti sebenar kebahagiaan atau wang dan kuasa menjadi penentu?

Pelakon: Kim Sung Ryung, Lee Sung Kyung, Yoon Bak, Lee Jong Hyuk
- Dengan sarikata Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia

ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA

DAD, WHERE ARE WE GOING

DAD, WHERE ARE WE GOING? (Musim 1)
21 Jun, Ahad @ 6.35 petang – 11.00 malam
Rancangan realiti yang mengikuti lima ayah selebriti dan anak mereka bermalam di kawasan terpencil... tanpa kehadiran ibu. Perkara comel yang akan berlaku.

Jangan lupa untuk menonton drama-drama ini dan banyak lagi program Korea terbaik dari Oh!K di saluran Astro 394.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan