Video Ucapan dari BTS untuk peminat Malaysia sempena konsert The Red Bullet

Leave a Comment
BTS, konsert, Malaysia, 2015, Mega Arena

Hanya tinggal tiga minggu untuk peminat BTS iaitu ARMY bertemu mereka di konsert pertama jelajah pertama 2015 BTS LIVE TRILOGY IN MALAYSIA “EPISODE II. THE RED BULLET”. Untuk itu mereka telah membuat video mesej pendek untuk membuat peminat lagi teruja untuk konsert yang akan berlangsung pada 6 Jun di Mega Star Arena.

Konsert ini yang akan berlangsung pada hari Sabtu di Kuala Lumpur antara satu di antara banyak negara yang BTS lawati dalam konsert siri jelajah yang telah bermula pada tahun lepas. Jika anda belum lagi memiliki tiket untuk ke konsert ini, dapatkan tiket anda segera!


Walaupun mereka sibuk dengan promosi album terbaru di Korea dan luar negara tetapi ahli-ahli BTS yang terdiri daripada tujuh anak muda ini masih sempat ke sini secara rahsia beberapa hari yang lalu. 

Ini pula ialah iklan untuk konsert mereka. Adakah anda telah nampak ia di kaca TV atau di mana-mana?



Apakah persembahan BTS yang paling anda nantikan? Mungkin No More Dream lagu debut mereka atau I NEED U lagu terbaru mereka. Beritahu kami di ruangan komen.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan