Drama The Privileged dan Modern Farmer Menemui Anda Jun ini di ONE HD

Leave a Comment
Untuk bulan Jun, ONE HD di saluran Astro 393 akan menyiarkan dua drama terbaru yang menampilkan pelakon idola Korea masa kini.

The Privileged, High Society, UEE, Sung Joon, Hyungsik, ONE

THE PRIVILEGED‬ | Bermula 9 Jun, setiap Khamis dan Jumaat pada 8.55 malam.

SINOPSIS
Drama ini diperkenalkan dengan tajuk Chaebol Society, kemudian bertukar kepada True Romance dan akhirnya menggunakan tajuk High Society. Bagaimanapun untuk siaran ONE HD, mereka menggunakan tajuk The Privileged‬.

Drama ini mengisahkan anak perempuan dari keluarga kaya yang menyembunyikan status dan identiti dari pengetahuan ramai. Impian dia adalah untuk mencari lelaki yang mencintai dia seadanya, tetapi dia bertemu dengan lelaki yang memikirkan cinta hanya alat yang membolehkan orang kaya untuk memanipulasi orang lain. Drama The Privileged‬ menampilkan barisan pelakon muda Korea, terdiri daripada UEE dari kumpulan After School (Hogoo's Love, Golden Rainbow), Sung Joon (Hyde Jekyll, Me, Discovery of Love) dan ahli kumpulan ZE:A iaitu Park Hyung-sik (What Happens to My Family?, The Inheritors). The Privileged akan disiarkan mulai 9 Jun, dalam 24 jam selepas disiarkan di Korea. Episod baru akan ke udara setiap Selasa dan Rabu pada 8.55 malam, pertama dan secara esklusif di ONE.

modern farmer, lee hongki, ONE, Honey Lee

MODERN FARMER | Bermula 24 Jun, setiap Isnin hingga Jumaat pada 7.40 malam.

SINOPSIS
Drama komedi Modern Farmer berkisar mengenai band rock yang bernama Excellent Souls (ExSo). Ahli-ahli band terdiri daripada Lee Min Ki (Lee Hong Ki), Kang Hyuk (Park Min Woo), Yoo Han Chul (Lee Shi Un) dan Han Ki Joon (Kwak Dong Yun). Kisah jenaka dan aksi yang tidak terduga berlaku apabila band ini mengambil keputusan untuk tinggal di kampung dan bertani. Drama ini mengisahkan tentang impian, cinta dan persahabatan yang terjalin dalam pengembaraan mereka.

Drama ini juga boleh didapati dalam audio berbahasa Melayu dan Cina.

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan