Filem Twenty Bakal Ditayangkan Julai Ini di Malaysia

Leave a Comment
Twenty, filem, Korea, Kim Woo Bin, Kang Ha Neul, Lee Jun Ho, 2PM

Filem komedi Korea iaitu Twenty yang menampilkan pelakon Kim Woo Bin, Lee Jun Ho dari 2PM dan Kang Ha Neul akan menemui penonton Malaysia pada 23 Julai ini di pawagam berhampiran anda.

Tarikh ini dipilih melalui pungutan suara yang dibuat oleh Asia Tropical Films yang bertanggungjawab membawa filem ini ke Malaysia melalui laman Facebook mereka. Mesti ada yang tertanya kenapa ada pilihan pula, tarikh yang lagi satu ialah pada 16 Julai iaitu hari terakhir kita berpuasa. Macam tak sesuai pula nak pergi menonton wayang.

Mereka juga telah memberi 300 pass untuk tayangan gala filem ini pada 16 Mei yang lalu. Memang ramai peminat pelakon-pelakon ini yang telah beratur dan menunggu sejak awal pagi untuk mendapatkan pas percuma. Pihak penganjur turut memberi poster dan kad edisi terhad kepada mereka yang mendapatkan pas-pas ini. Selain itu, dikhabarkan pengarah filem ini Lee Byung Hoon (bukan pelakon Lee Byung Hoon ye) dan salah seorang dari tiga pelakon utama ini akan hadir untuk sesi promosi pada 27 dan 28 Julai kelak. Kami pun tak sabar nak tau siapa yang akan datang ke sini nanti.

Tapi itu semua tinggal impian kerana semalam pihak penganjur telah mengumumkan bahawa pelakon yang mereka ingin bawa iaitu Kang Ha Neul tidak dapat hadir kerana masalah jadual. Kami faham bahawa mereka bertiga memang mempunyai jadual padat, tetapi sepatutnya penganjur tidak patut memberi petunjuk sejak mula lagi. Secara tidak langsung ini akan membuat peminat tidak puas hati dan memberi komen buruk kepada penganjur. Tapi mereka masih lagi berusaha buat peminat di sini.

Mari kita lihat video di mana Kang Ha Neul meninggalkan pesan buat peminat dan meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke Malaysia.



Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan