Oh!K Siarkan Program TV Istimewa Sempena Hari Bapa

Leave a Comment
Dad, Where Are We Going S1

Oh!K akan menyiarkan program TV yang menarik untuk insan yang bergelar bapa pada 21 Jun, Ahad ini.

Hari Bapa yang disambut pada setiap minggu ketiga Jun setiap tahun memberi peluang terbaik untuk kita lari dari kesibukan dan menghabiskan masa yang berkualiti dengan ayah, papa, abi kita, hero di hati kita! Tiada yang lebih bermakna selain dapat menghabiskan masa bersama di depan TV sambil menonton program kegemaran. Oleh itu pada 21 Jun, Ahad ini Oh!K akan menyiarkan program yang akan menemani anda dan ayah anda sepanjang hari.

Saluran hiburan Korea terhangat Oh!K, akan membawakan program Dad, Where Are We Going? musim pertama secara maraton. Apabila mengenai anak-anak, para ayah akan menjadi tidak keruan tanpa bantuan ibu tercinta. Siri ini menampilkan situasi yang tidak terjangka apabila para ayah selebriti ini ditinggalkan bersama dengan anak kecil mereka. Saksikan hubungan erat yang bakal terjalin antara si ayah dan anak-anak mereka. 

Barisan ayah selebriti terdiri daripada Kim Sung Joo (pengacara), Lee Jong Hyuk (pelakon), Song Jong Gook (pemain bola sepak), Sung Dong Il (pelakon) dan Yoon Min Soo (penyanyi).

Dad, Where Are We Going? akan disiarkan pada 21 Jun, Ahad bermula 6.35 petang sehingga 11 malam di Saluran Astro 394.

Dad, Where Are We Going S1

Dad, Where Are We Going S1, Kim Sung Joo

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan