Rakyat Malaysia Diminta Tidak ke Korea Selatan Ekoran MERS

Leave a Comment
mers, malaysia, korea,

Kerajaan Malaysia tidak mengesyorkan rakyat Malaysia untuk melancong ke Korea Selatan dalam masa terdekat ini untuk mengelak jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV).

Sehingga kini, kerajaan tidak mengenakan larangan ke Korea Selatan atau pelancong dari sana untuk ke Malaysia. Mereka akan memantau di setiap pintu masuk lapangan terbang.

Menurut laporan media tempatan di Seoul, sejak kes MERS-CoV dikesan pada 2 Jun lalu sehingga Jumaat lepas, 41 kes disahkan positif dengan empat kematian, manakala jumlah penduduk yang dikuarantin mencecah 1,660 orang. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penularan MERS-CoV di Korea Selatan berpunca daripada kegagalan memastikan prinsip pencegahan dan kawalan jangkitan dilaksanakan secara berkesan di semua peringkat penjagaan perubatan serta kesihatan.

Jika anda baru pulang dari Korea Selatan atau kenal sesiapa yang baru balik hendaklah memantau kesihatan anda. Dalam masa tiga minggu selepas pulang, anda demam dan mempunyai simptom segera lapor kepada hospital. Simptom termasuk demam, batuk dan kesukaran bernafas.

Kami sedia maklum bahawa sekarang beberapa artis K-Pop akan mengadakan konsert, kemunculan kembali dan sebagainya. Peminat juga telah membeli tiket konsert, penerbangan dan telah menempah penginapan. Ada juga yang telah merancang untuk bercuti di Korea. Kami nasihatkan anda untuk mengikuti langkah-langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan anda. Jika anda pergi ke Korea bersama kanak-kanak atau warga emas, perhatian lebih hendaklah diberikan kepada mereka.

Anda disaran untuk mencuci tangan sekerap mungkin dan elakkan dari menyentuh muka. Jika batuk, tutup muka dan mulut dengan tisu. Jauhkan diri dari mereka yang demam dan batuk. Jangan lupa untuk membawa lebih topeng muka, tisu, pencuci tangan dan minum air bersih sepanjang berada di Korea.

mers, malaysia, korea
mers, malaysia, korea, kanak-kanak

Sumber : [1][2]

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan