Apink Bakal Buat Persembahan Pertama Kali di MTV World Stage Malaysia

Leave a Comment
Apink, MTV World Stage Malaysia, 2015, Sunway Lagoon,

Kumpulan K-Pop idola perempuan, Apink telah diumumkan oleh MTV untuk membuat persembahan di MTV World Stage Malaysia buat pertama kali yang akan mengambil tempat di Surf Beach, Sunway Lagoon pada Sabtu, 12 September 2015 ini. Acara ini yang akan dirakam secara langsung untuk disiarkan secara global akan menyaksikan ramai artis bakal berkongsi pentas buat pertama kali.

Apink yang telah ditubuhkan sejak 2011 melalui A Cube Entertainment menarik minat peminat melalui imej mereka yang comel. Mereka terdiri daripada enam orang ahli iaitu Park Cho-rong, Yoon Bo Mi, Jeong Eun-ji, Son Na Eun, Kim Nam Joo, Oh Ha Young.

"Ini pertama kali kami membuat persembahan untuk MTV World Stage. Terima kasih MTV kerana menjemput kami. Kami teruja untuk bertemu peminat di sana dan juga artis yang lain. Kami akan berusaha untuk memperbaiki diri kami dan membawakan muzik yang bagus buat peminat," kata Apink melalui video mesej mereka.


Selain Apink, band terhangat dari Jepun iaitu SEKAI NO OWARI telah diumumkan sekali untuk turut membuat persembahan. Lebih ramai lagi nama bakal diumumkan tidak lama lagi.

MTV World Stage Malaysia telah masuk kali ke tujuh dan memberi peluang peminat muzik untuk berada di barisan hadapan tanpa meninggalkan keselesaan di rumah. Pass adalah percuma dan boleh didapati mulai 28 Julai. Untuk maklumat terkini mengenai MTV World Stage Malaysia 2015 ikuti MTV Asia di Facebook, Twitter dan Instagram.

Apink, MTV World Stage Malaysia, 2015, Sunway Lagoon,

Apink, MTV World Stage Malaysia, 2015, Sunway Lagoon,

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan