Episod Akhir Warm & Cozy Jumaat Ini dan 5-Minit bersama Yoo Yeon Seok

Leave a Comment
Warm & Cozy, Yoo Yeon Seok, Kang So Ra, Jeju

Satu lagi drama Korea menarik yang disiarkan di Oh!K (Saluran Astro 394) akan melabuhkan tirai. Dari penulis drama popular iaitu adik-beradik Hong, Warm & Cozy menceritakan kisah dua orang asing yang bertemu di pulau peranginan yang indah. Dengan personaliti dan gaya hidup yang berbeza Baek Gun Woo (lakonan oleh Yoo Yeon Seok) dan Lee Jung Joo (lakonan oleh Kang So Ra) yang melarikan diri dari kesibukan kota Seoul ke Pulau Jeju untuk bertemu dan bertemu dengan kisah cinta yang tidak disangka.

Mari baca temuramah bersama teraju utama drama Warm & Cozy, iaitu pelakon kacak Yoo Yeon Seok.

1. Apakah perbezaan di antara watak Gun Woo dan watak yang pernah dibawa sebelum ini?
Watak Baek Gun-Woo mempunyai aspek yang unik berbanding watak yang pernah saya bawa sebelum ini yang berasal dari keluarga kaya. Saya cuba membawakan Baek Gun-Woo sebagai watak yang baru dan tidak merujuk mana-mana watak yang pernah saya bawa sebelum ini. 

Saya mengambil keputusan untuk memaparkan watak ini sebagai budak muda yang baik. Selain itu, Gun-Woo cuba untuk mengusik Jung-joo tetapi saya mahu watak ini ditonjolkan sebagai watak yang disukai ramai. Oleh itu, saya menggambarkan Baek Gun Woo sebagai seorang yang suci dan naif seperti kanak-kanak yang tidak menyembunyikan perasaan mereka.

2, Sekarang, anda mengambil watak yang bertenaga dan ceria?
Sejujurnya, ini kali pertama saya membawakan watak seperti Gun-woo. Saya gembira melakonkan watak ini walaupun dia bercakap sangat laju dan tidak begitu serius. Ini sememangnya mencabar bagi saya dan berharap penonton yang pernah menyaksikan lakonan saya sebelum ini pasti tidak biasa dengan gaya persembahan saya kali ini.

3. Keserasian antara anda Kang So-ra pasangan di dalam Warm & Cozy telah menarik perhatian ramai...
Kami berdua berkawan baik dan kami mempunyai keserasian yang baik sama ada semasa penggambaran dan di luar set. Kang So-ra seorang yang cepat mesra dan ceria, oleh itu memang mudah untuk kami bekerja. Saya gembira dapat bekerjasama dengan So-ra. Pengggambaran sehingga lewat malam secara fizikal amat memenatkan walaupun untuk lelaki seperti saya, tetapi melihatkan So-ra yang gigih bekerja dan tidak menunjukkan perasaan yang penat memang baik. Saya amat menghargai yang So-ra tidak menyimpan perasaan dan cuba melakukan yang terbaik terutama untuk adegan komedi. 

Saksikan episod akhir drama Warm & Cozy yang akan bersiaran pada Jumaat, 24 Julai ini pada pukul 8.55 malam di Oh!K (Saluran Astro 394).

Penonton di Malaysia juga boleh memilih sarikata dalam bahasa Inggeris, Cina dan Bahasa Malaysia.

Yoo Yeon Seok, Warm & Cozy, Jeju, Oh!K




Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan