Iklan 11street Lee Min Ho antara 10 Iklan YouTube Paling Popular di Malaysia

Leave a Comment
Lee Min Ho, 11street, Malaysia, iklan, Emily Chan

Pelakon Korea Lee Min Ho memang tidak dapat dinafikan lagi popular di Korea mahupun di Malaysia. Apa sahaja berita dan video pantas menjadi sebutan dan tontonan ramai peminat beliau.

Google Malaysia telah mengumumkan kedudukan iklan YouTube paling popular di Malaysia untuk enam bulan pertama tahun ini. Iklan 11street telah mendapat tempat ke-10 dalam senarai tersebut dengan iklan bersiri episod kedua “We Meet Again” yang turut menampilkan pelakon wanita Malaysia Emily Chan di samping Lee Min Ho. Penggambaran iklan ini telah dilakukan di Seoul, Korea awal tahun ini.

Iklan komersial bertemakan “Find What You Love at 11street” telah dilancarkan pada bulan Mei dan memaparkan kisah cinta antara pasangan dalam membawa jenama 11street lebih dekat kepada pengguna di Malaysia.

Antara jenama yang berjaya menduduki carta 10 iklan paling popular di YouTube pada separuh pertama 2015 adalah Hotlink; Maxis; Tesco; Tenaga Nasional Bhd.; Nestle Koko Krunch; Honda; Knife dan Samsung.

Carta 10 iklan paling popular itu dipilih berdasarkan populariti serta promosi yang dijalankan oleh jenama-jenama terlibat. Ini merupakan pencapaian besar buat 11street yang baru sahaja dilancarkan tiga bulan lalu di Malaysia. Sejak itu ia telah berkembang menjadi salah satu laman e-dagang yang terbesar di negara ini.

Mari kita tonton iklan ini sekali lagi dan juga bahagian pertama dan terakhir iklan.



Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan