Isu Boikot: Luahan Hati Seorang Peminat K-Pop

Leave a Comment
BIGBANG, #MadeInMy, konsert, 2015

Semenjak peristiwa 'aksi mesra' antara seorang ahli B1A4 dan peminat yang menjadi perhatian ramai awal tahun ini, banyak pihak yang telah mengeluarkan kenyataan berkenaan boikot konsert K-Pop di Malaysia. Ada beberapa rakan blogger kami turut menerima cercaan mereka apabila hanya berkongsi maklumat mengenai konsert di laman sosial blog mereka.

Konsert BIGBANG 2015 WORLD TOUR 'MADE' di sini yang baru berakhir juga turut menerima kecaman agar dibatalkan dan diboikot. Tetapi konsert itu tetap lancar tanpa sebarang gangguan tidak diingini. Mungkin mereka hanya berani berkata-kata di sebalik laman Facebook dan juga papan kekunci masing-masing.

Seorang peminat K-Pop IZA YANTI telah meluahkan perasaan melalui twitter berkenaan perkara ini. Anda boleh baca dan buat penilaian anda sendiri.

Teruk sangat ke Kpop Konsert ni wei?
Bila sebut KONSERT K-POP.. banyak betul kata2 negatif yang aku selalu baca dan dengar.
korg jangan risau.. dalam KONSERT KPOP ni x der sentuh2 peluk cium antara artis dan fans. Fans nak dpt naik pentas pun mmg x dpt la.. Korang bayangkan fans ni macam tengok persembahan muzik 3D. Sbb ni KONSERT.. bukan fanmeeting or showcase.. 
Dalam KONSERT KPOP juga~ mostly fans dorg ni ikut majoriti gender sama.. Mostly kalau artis KPOP tu jejanz~ makanya more than 50% fans selalunya pompuanlah fans dia.. kadang2 sampai 90%... Masalah campur laki pompuan? Masalah nak ngorat laki or pompuan? tu jgn risau. sbb mostly sebelah2 sama jantina. Dan x der masa fans tu nak kenal2 korang. dorg more pada retis di depan mata.. 
Part solat plak? Oh jgn risau.. tengok venue konsert. Mostly ada surau.. Stadium putra bukit jalil ada.. Stadium Negara ada.. Sepang circuit ada. KLCC ada masjid laik.. Semua tempat ada tempat sembahyang.. negara Islam wei.. bakper ko risaukan sgt.. Solat x solat seseorang itu lantak pi dia.. Asalkan dia tau solat. Jgn salahkan kpop kalau org tu x solat. sendiri mau ingat or tanggungjawab sebagai Islam.. 
Oh, off topic sat. Mintak pengusaha2 wayang, timing tayangan filem tu kalau leh elakkan yg start sebelum maghrib yg menyebabkan org confirm tertinggal maghrib. tp ni pun terpulang maa... dah tau nak kena solat maghrib. jangan la amik timing yg ko leh miss solat tu. tol x? Berbalik pada diri sendiri jugak..
Sebenarnya, sebagai fans KPOP mcm aku ni, aku x kisah pun kalau konsert KPOP nak kena banned kt Malaysia. Aku sebenarnya lagik suker. sbb x la dok pikir mana nak korek duit beli tiket konsert kan? Hahaha! Tapi, untuk nak ckp alasan banned or benci KPOP sbb part2 lagha maksiat bagai tu.. aku rasa x adil kalau dituduh hanya pada KPOP konsert jer. Sebab yg aku pasan dlm konsert2 lain (Bukan KPOP), ianya lebih teruk dari KPOP. Yg dtg konsert bukan semua jenis NAK TENGOK PERFORMANCE semata.. tapi more mcm nak buat konsert tu tempat nak JOGET2 HYPE dengan laki pompuan.. enjoy with the perf? or enjoy the music with org yg ko nak wat maksiat?
Niat kena betul.. ko nak tengok perf artis kan? bukan ko nak jadik artis..
Konsert Linkin Park aku pernah pi.. seat aku jauh.. sekadar leh tengok screen ngn dengar live performance jer la.. But, sebelum masuk konsert, melambak aku tengok tin2 beer bergelimpangan sepah2 di luar stadium. Why? sendiri tau la.. aku x tau.. maybe dorg yg minum tu tau..
One of gig performance (Local artist) masa X-games dlu.. aku pi Bukit Jalil nak tengok X-games sahaja. Sebab nak balik ke LRT aku kena lalu situ..ada gig perf. Alang2 dah lalu.. try la tengok sekejap.. Aku tengok dr jauh.. Fans yg mai meloncat2 siap bukak baju.. walopun dok jauh belakang. ada gak mamat jahanam meraba2.. LOCAL yer.. LOCAL artis punya perf. artis yg ala2 urban gitu..
MTV World Stage yang ada artis luar negara, local dan kpop juga. Yang tu sbb terdiri byk fans.. ada fans kpop, ada fans retis omputeh, ada fans local artis.. Ada group lelaki nak kacau2 group aku.. kitorg dtg nak tengok artis kitorg. Plz jgn nak flirt2 kitorg.. ko dtg dah la merokok.. x hormat fans sekeliling.. pastu ada hati igt nak menari2 ngn kitorg mcm ko igt ko masuk kelab..ni masa kat I-city.. ada BEAST. aku rasa ada kawan2 dr zone lain nampak group aku kena kacau dengan mamat2 yang bukan kpop fans tu. Maybe dia dtg nak tengok po shuvit kot masa tu. 
Konsert aper tah tahun lepas tu yg beberapa org mati sbb terlebih dadah ngn arak tu. Yg dekat2 dengan kes MH370 berlaku tu. Hah yg tu konsert dr negara mana? Aku pun x tau. KPOP tidak terlibat sama sekali.
Aku pi ngn pakcik makcik aku kat konsert Jom Heboh. Pernah satu ketika manusia x bertamadun buat hal main baling2 botol mineral. Sorang kena, dia pun balas random. kena org lain. bersambung balas membalas dan terkena org yg tak bersalah. lelama mcm hujan botol mineral. saper kena. mmg kesian. Sakit kot. Sampai host masa tu (x silap Elly Iskandar ke saper tah) siap suh org stop baling2.. saper yg buat tu? org kita. malaysian sendiri buat perangai kasi kecoh kat konsert. Cederakan org x dikenali tanpa sebab. Wayar otak dia tercabut agaknya.
Kesimpulannya, aku bukan nak back up konsert KPOP ni.. aku just nak cakap, tahap keselamatan dan pergaulan pi konsert2 LAGHA ni.. bagi aku.. KPOP konsert la paling selamat tok mak bapak nak lepaskan anak2 dia. sebab tengok fans KPOP jenis camner.. mostly pompuan!! Kalau lelaki ada pun, fans kpop lelaki aku tengok.. baik2 orgnyer.. bukan jenis ganas2 nak tunjuk macho poyo2 ni. bukan jenis kacau2 anak dara org..Mostly pi konsert nak tengok artis dorg beraksi kat pentas jer.. x der masa nak toleh kiri kanan tengok org lain. Tiada minum arak sebelum dan selepas konsert ~ tiada dadah juga.. sebab dorg dah sibuk nak kejor artis ke airport/hotel lagi selepas tu. Hahaha!
Tapi part melalaikan mmg aku sendiri akui. Nama pun hiburan kan.. mmg lalai.. konsert ker.. tv ker.. drama ker.. tarian ke.. game ke.. facebook ker.. mmg melalaikan.. kalau dah tercongok depan tv even azan dah kumandang.. itu mmg lalai namanya.. 
Dont too judgement KPOP is the worst entertainment.. Maksud aku jgn double standard. Ko pi layan BOLA kat stadium.. ko pi layan konsert Bon Jovi.. Ko pi layan drama TV ala2 laki bini peluk cium dok sekatil padahal dorg bukan mahram pun sebenarnya.. Tapi ko dok ckp KPOP teruk itu ini.. x patut lor.. Adil ke ko rasa dengan kenyataan tu? Ko pandang rendah org yg minat KPOP sebab ko rasa standard x sama ngn minat ko.
And yes! aku sokong kalau nak haramkan konsert kpop ni. No hal maa.. BUT! haramkan sekali konsert2 lain.. sbb tujuannya bukankah nak menghalang KEMAKSIATAN. Seeloknya halang semua konsert sekali. Bukan takat konsert artis dari luar negara. tapi HARAMKAN sekali konsert/performance artis dalam negara juga.. 
Konsert hari merdeka ke, 1Malaysia ker, tahun baru ke, jom heboh ke, Sepang F1 Showcase ke, MTV World Stage ke.. semua tu!! Oh, x lupa juga konsert kecil di mana2 daerah termasuk event2 konvokesyen di mana2 IPT Malaysia. kan bercampur lelaki pompuan.. x bagus.. x bagus.. 
Well, bila terlalu sempit sangat pemikiran tu.. dengan alasan nak menjaga agama.. pastu menyalahkan sesuatu perkara tu jer. Padahal sendiri yg kena tau kawal diri dan pilih nak wat dosa tu ke dak..bukan sebab kita x leh kawal, kita suh org tu stop. Kan kelakar tu?
Secara tak langsung, orang2 itu membuatkan Islam nampak begitu rumit.. begitu mengharapkan org lain menjaga dosa pahala mereka.. dalam masa sama, susahlah non-muslim nak tertarik dengan Islam. Sebab kita seolah2 menyusahkan banyak benda yang sepatutnya kita boleh atasi sendiri dengan mudah. 
Apa pendapat anda, sila berkongsi pendapat di bawah.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan