Kecoh Bila Butik THE CLASS Diserbu Peminat CNBLUE

Leave a Comment
CNBLUE, THE CLASS, Butik, Malaysia, MidValley

Jenama pakaian lelaki dari Korea Selatan, THE CLASS telah mengadakan perasmian pembukaan kedai pertama di Malaysia yang berada di Mid Valley Megamall pada 4 Julai 2015 yang lalu.

Ia turut dihadiri oleh band Korea popular CNBLUE yang merupakan duta terbaru untuk jenama pakaian lelaki yang kontemporari dan moden ini. Koleksi pakaian formal dan kasual disasarkan untuk gaya hidup lelaki urban yang berumur antara 25 hingga 39 tahun. Apabila ditanya mengenai gaya kegemaran CNBLUE untuk waktu santai, mereka sependapat menjawab pakaian dari THE CLASS sesuai dengan citarasa mereka.

Sempena pembukaan kedai ini, pertunjukan fesyen mini yang menampilkan koleksi pakaian terbaru THE CLASS telah diadakan dan acara memotong riben oleh para VIP dan CNBLUE.

Lebih dari 4,000 peminat CNBLUE dari Malaysia, Jepun, Singapura, Thailand dan Indonesia telah hadir untuk bertemu empat jejaka ini dari dekat. Ada peminat yang telah tiba seawal 8 pagi lagi walaupun acara bermula pada pukul 1 tengahari. Tambahan pula, ia diadakan pada bulan Ramadhan.

Peminat juga telah berpeluang bertemu dengan CNBLUE lebih dekat lagi melalui acara bertemu CNBLUE sewaktu sesi autograf. Peminat dipilih melalui penyertaan yang diadakan sebelum ini.

CNBLUE, THE CLASS, Butik, Malaysia, MidValley

CNBLUE, THE CLASS, Butik, Malaysia, MidValley

CNBLUE, THE CLASS, Butik, Malaysia, MidValley

CNBLUE, THE CLASS, Butik, Malaysia, MidValley

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan