[Liputan Acara] Sidang Media 2015 K-POP World Festival in Malaysia bersama VIXX

Leave a Comment
VIXX, Malaysia, Sunway Giza

Peminat K-Pop di Malaysia mempunyai bakat dalam bidang tarian dan nyanyian. Apabila ada pertandingan menari atau menyanyi bertemakan K-Pop ia menjadi medan untuk menunjuk kemahiran masing masing. 

Baru-baru ini, 2015 K-POP World Festival in Malaysia telah diadakan buat pertama kali di sini dan merupakan usahasama antara Astro, KBS World dan Kedutaan Korea Selatan di Malaysia. Kumpulan idola VIXX pula telah didatangkan khas ke Malaysia untuk menjadi juri jemputan dan membuat persembahan pada 14 Jun, 2015 di Sunway Giza.

Ini merupakan kali ketiga VIXX hadir di Malaysia. VIXX yang terdiri daripada enam ahli kumpulan iaitu N, Leo, Ken, Ravi, Hongbin dan Hyuk telah hadir untuk sidang media bersama media tempatan.

Sidang media telah bermula pada pukul 2 petang dan diacarakan oleh pengacara Hani Fadzil. VIXX yang segak bergaya memakai suit merah teruja memperkenal diri dalam bahasa Melayu.

Acara diteruskan dengan sesi soal-jawab bersama media. Mereka memberi kerjasama yang baik dalam menjawab soalan yang diberi.

Soalan : Anda akan menjadi juri untuk acara hari ini, apakah kriteria yang akan digunakan?
N : Saya tahu berapa lama peserta telah berlatih dan walaupun begitu, kerjasama antara ahli kumpulan juga penting seperti VIXX, oleh itu saya akan menilai dari segi kerjasama untuk pertandingan ini.

Soalan : Apakah nasihat anda untuk para peserta?
Hongbin : Jangan rasa gementar dan nikmati persembahan anda di pentas selagi boleh.

Soalan : Anda pernah menjadi pelatih, bagaimana anda akan menilai para peserta? Adakah anda akan menilai mereka dari selaku idola atau dari pandangan pelatih?
Ravi : Sudah tiga tahun sejak kami debut, oleh itu saya akan menilai mereka dari sudut pandangan idola dan gaya persembahan mereka di pentas.

Soalan : Ini kali ketiga anda berada di Malaysia. Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang ada pelajari dan kongsikan bersama kami.
Hyuk : Kami tiba di Malaysia semalam dan kami keluar makan bersama produser di restoran. Perkataan yang saya pelajari ialah sama-sama.
Ken : Hari ini sangat gembira.

Sebelum menamatkan sidang media, Hyuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang untuk bertemu mereka walaupun VIXX tidak mempunyai peluang untuk berkunjung ke Malaysi lebih kerap, mereka juga amat berterima kasih di atas sokongan yang diberikan. Jika diberikan peluang, mereka ingin datang ke Malaysia lebih kerap untuk bertemu dengan peminat.

Untuk lagi gambar di sidang media, sila KLIK sini.

VIXX, Malaysia, Sunway Giza

VIXX, Malaysia, Sunway Giza

VIXX, Malaysia, Sunway Giza

Malaysia, VIXX, Sunway Giza

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan