"MTV World Stage Malaysia 2015" Kembali Menemui Peminat Pada September Ini

Leave a Comment
MTV WORLD STAGE MALAYSIA 2015, Surf Beach, Sunway Lagoon

Bersedia semua sebab MTV World Stage Malaysia kini kembali dan dijangka bertambah hebat berbanding dengan tahun sebelumnya. Lima artis yang bakal membuat persembahan bakal diumumkan termasuk satu dari Malaysia untuk #MostWantedMalaysia.

MTV World Stage Malaysia kembali untuk tahun ketujuh. Ia dirakamkan secara langsung untuk tayangan global dan akan mengambil tempat sekali lagi di Surf Beach, Sunway Lagoon pada Sabtu, 12 September 2015.

Lima artis yang bakal membuat persembahan akan diumumkan dalam minggu mendatang, ini termasuklah dua artis antarabangsa, dua artis serantau dan satu dari Malaysia. MTV VJ Alan dan Hanli akan kembali menjadi hos untuk acara ini.

Seperti yang semua sedia maklum pass untuk MTV World Stage adalah percuma dan bukan untuk di jual. Peminat boleh mendapatkan pas melalui permainan yang akan disediakan mulai 28 Julai. Maklumat lanjut akan diumumkan kelak.

Sejak enam tahun yang lalu, MTV World Stage Malaysia telah menjemput artis antarabangsa untuk membuat persembahan termasuk Katy Perry, Justin Bieber, Thirty Seconds to Mars, Robin Thicke, Far East Movement, B.o.B., Tokio Hotel, Kasabian, The All-American Rejects dan Pixie Lott. Ia juga turut menampilkan artis K-Pop popular seperti EXO, Boys Republic, Jay Park, Beast dan Wonder Girls sementara artis Malaysia yang turut pernah membuat persembahan seperti Yuna, Joe Flizzow, Mizz Nina, Pop Shuvit dan Estranged.

Acara yang masuk tahun ketujuh ini ditaja oleh Sunway, XPAX, Brickfileds Asia College dan Watsons Malaysia dengan sokongan Tourism Malaysia.

MTV WORLD STAGE MALAYSIA 2015, Surf Beach, Sunway Lagoon

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan