ONE HD Siarkan Drama Run, Jang Mi Julai Ini

Leave a Comment
ONE HD, Run Jang Mi, Lee Young Ah, Go Joo Won, drama, Korea

Buat peminat drama Korea pastikan anda telah bersedia untuk menonton drama Run, Jang Mi yang akan disiarkan bermula pada 20 Julai ini dengan 2 episod setiap siaran.

Sinopsis:
Drama ini mengisahkan seorang wanita yang dibesarkan dalam keluarga yang kaya tetapi hilang segalanya selepas ayah kesayangan meninggal dunia.

Baek Jang Mi (Lee Young Ah) seorang pelajar universiti yang baik kepada semua orang dan mempunyai personaliti yang baik. Apabilah ayah dia tiba-tiba meninggal, menyebabkan Jang Mi kehilangan semuanya dan kehidupan dia berubah. Sementara Jang Mi berusaha untuk meneruskan kehidupan, dia bertemu Hwang Tae Ja (Go Joo Won) cucu kepada presiden sebuah syarikat makanan dan mereka mula menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Drama ini turut menampilkan pelakon Ryu Jin, Jung Joon, Yoon Joo Hee, Lee Shi Won.

Run, Jang Mi akan disiarkan mulai 20 Julai ini, setiap Isnin hingga Jumaat pada 10.10 malam dengan 2 episod. Peminat mempunyai pilihan untuk menonton dalam bahasa Melayu atau Mandarin selain bahasa Korea. Drama ini boleh ditonton melalui ONE HD saluran 393 Astro B.yond.

ONE HD, Run Jang Mi, drama, Korea

ONE HD, Run Jang Mi, drama, Korea

ONE HD, Run Jang Mi, drama, Korea

ONE HD, Run Jang Mi, drama, Korea

ONE HD, Run Jang Mi, drama, Korea

ONE HD, Run Jang Mi, drama, Korea

ONE HD, Run Jang Mi, Lee Young Ah, Go Joo Won, drama, Korea

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan