PERHATIAN : Sertai Kami di Buletin Kpop

Leave a Comment
Kami ingin mengajak sesiapa yang berminat untuk menyertai Buletin Kpop. Kami mencari mereka yang kreatif dan berminat untuk menyumbang kepada blog kami. Jika anda mempunyai minat terhadap penulisan dan hiburan Korea, ini lah tempat anda untuk menunjukkan kebolehan dan bakat anda.

Kelayakan :
- Boleh menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. 
- Mempunyai minat dan pandangan luas mengenai muzik, drama, program hiburan, fesyen, kecantikan Korea.
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pemohon  boleh memberi komitmen mengikut tugasan yang ditetapkan
- Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan
- Ini adalah secara sukarela
- Tidak mengapa jika anda bukan menetap di Kuala Lumpur, asalkan mempunyai akses ke Internet dan mudah dihubungi.

Kekosongan  :
- Penulis : Mereka yang berminat untuk menulis mengenai K-Pop, filem Korea, TV, budaya dan fesyen.
- Pereka Grafik : Mereka yang berminat untuk membuat projek grafik untuk blog.
- Jurugambar : Mereka yang berminat untuk berkongsi gambar dengan pembaca blog kami

Borang Permohonan
Nama :
Umur :
Berapa jam dalam sehari/seminggu melayari hiburan Korea?:
Adakah anda mempunyai pengalaman menulis sebelum ini? Jika ya, sila jelaskan:
Adakah anda mempunyai pengalaman blogging sebelum ini? Jika ya, di platform apa:
[Untuk Penulis] Adakah anda boleh untuk hasilkan satu artikel setiap minggu?
[Untuk Penulis] Apa topik yang ada ingin tulis untuk blog ini?
[Untuk Penulis] Sila sertakan 2 contoh tulisan anda tidak kurang dari 200 patah perkataan. Berikan juga pautan untuk hasil tulisan anda atau sertakan dalam permohonan anda. Jika anda menulis untuk blog, masukkan maklumat tersebut.
[Untuk Pereka Grafik] Apa program yang anda guna untuk membuat grafik?
[Untuk Pereka Grafik] Jika diberi tugasan grafik, berapa lama tempoh yang diambil?
[Untuk Pereka Grafik]Apa jenis grafik yang anda reka? (banner, poster)
[Jurugambar] Apa gaya penggambaran yang anda gemari?
[Jurugambar] Berapa banyak acara atau berkaitan Hallyu yang telah anda lakukan? Apa bahagian kegemaran anda sewaktu mengambil gambar?
[Jurugambar] Adakah anda mengambil gambar mengikut senarai yang diberi? Atau anda mengambil gambar mengikut naluri anda?

Sila hantar permohonan lengkap anda ke emel dengan tajuk "Permohonan Menjadi Kru Buletin Kpop". Sebarang pertanyaan sila tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih.

Tarikh akhir untuk menghantar permohonan pada : 14 Ogos 2015

0 ulasan:

Catat Ulasan