Seohyun Girls' Generation Buat Kemunculan Istimewa dalam 'Warm and Cozy'

Leave a Comment
Seohyun, SNSD, Girls' Generation, Warm and Cozy, MBC, drama, Korea, Oh!K

Drama Warm and Cozy telah hampir ke penghujungnya. Mesti ramai yang mengikuti perkembangan drama ini. Seohyun, ahli Girls' Generation akan membuat kemunculan khas di dalam drama ini. Bintang ini akan menjadi tetamu istimewa dalam episod 13 yang akan disiarkan pada Khamis, 16 Julai pada 8.55 malam di Oh!K (Saluran Astro 394).

Seohyun akan membawakan watak sebagai anak saudara kepada Hwang Ok (oleh Kim Sung Oh). Dalam episod ini, dia akan membuatkan Poongsan (oleh Jinyoung B1A4) terpesona dan terpikat dengan kecantikan yang dimiliki oleh Seohyun, sambil cuba menyakinkan dia untuk menghabiskan masa di restoran Warm and Cozy.

Drama Warm and Cozy yang bergenre romantik komedi ini ditulis oleh adik beradik Hong dan dibintangi oleh Yoo Yeon Seok sebagai Baek Geon Wu dan Kang So Ra sebagai Jeon Ju. Ia mengisahkan bagaimana pasangan yang 'tidak serasi' ini menemui cinta sejati di Pulau Jeju.

Jangan lupa untuk menonton drama ini yang disiarkan setiap Khamis dan Jumaat pada 8.55 malam di Oh!K. Ramai bintang popular telah muncul dalam drama ini seperti So Ji Sub dalam episod pertama.

Seohyun, SNSD, Girls' Generation, Warm and Cozy, MBC, drama, Korea, Oh!K

Seohyun, SNSD, Girls' Generation, Warm and Cozy, MBC, drama, Korea, Oh!K

Ikuti kami di :

0 ulasan:

Catat Ulasan