Sorotan Program Terbaru Oh!K HD dan Channel M untuk Julai 2015 #AstroKoreanPack

Leave a Comment
Julai ini meriah dengan program-program baru yang menarik daripada drama sehinggalah rancangan hiburan di Astro Korean Pack Channel M (Saluran 395) dan Oh!K HD (Saluran 364).

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti program-program menarik ini.

Channel M (Saluran 395)


The Genius: Black Garnet, Channel M, Astro Korean Pack

The Genius: Black Garnet (Tayangan Perdana)
5 Julai, 6 petang Setiap Ahad 
Hos: Kim Jung Hoon, Jang Dong Min, Ha Yeon Joo
Sinopsis: Rancangan permainan popular Channel M 'The Genius' kembali dengan musim ketiga dengan 13 peserta terbaru dan permainan yang lebih mencabar.

Home Food Rescue, Channel M, Astro Korean Pack

Home Food Rescue (Esklusif & Pertama di Asia)
3 Julai, 11 malam Setiap Jumaat
Hos: Baek Jong Won, Kim Gu Ra, Son Ho Jun, Park Jung Chul, Yoon Sang
Sinopsis: Chef Baek Jong Won akan memberi tunjuk ajar kepada empat selebriti lelaki menyediakan masakan rumah yang mudah dan menyelerakan.

The Body Show, Channel M, Astro Korean Pack

The Body Show (Esklusif & Pertama di Asia)
19 Julai, 7.30 malam (Setiap Ahad)
Hos: Choi Yeo Jin, Lady Jane dan Yoo Seung Ok
Sinopsis: Dapatkan tips kesihatan untuk menghasilkan bentuk badan menarik dari tiga personaliti wanita popular ini.

In Need of Romance 3, Channel M, Astro Korean Pack

In Need of Romance 3 (Tayangan Perdana)
31 Julai, 9 malam (Setiap Jumaat)
Pelakon: Kim So yeon, Sung Joon dan Nam Goong Min
Sinopsis: Mengisahkan percintaan dan persahabatan seorang wanita berkerjaya di awal 30-an

Oh!K HD (Saluran 394)


Golden Rainbow, Oh!K, Astro Korean Pack

Golden Rainbow (Tayangan Perdana)
14 Julai, Selasa dan Rabu 10 malam 
Pelakon: UEE (After School), Jung Il Woo, Cha Ye Ryun, Lee Jae Yoon
Sinopsis: Selepas mengalami amnesia dan berpisah dari keluarga kayanya sejak kecil, Baek Won mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli keluarga angkatnya. Sambil dia mencari kebenaran terhadap asal-usulnya, dia juga menemui perhubungan ini lebih kuat dari keluarga sebenar.

Infinite Challenge, Oh!K, Astro Korean Pack

Best of Infinite Challenge (Minggu sama di Korea)– Istimewa 4 Episod bersama Big Bang & G-Dragon
17 Julai, Jumaat 7.45 malam
Hos: Yoo Jae Suk, HaHa dan Park Myung Soo
Sinopsis: Rancangan ini di hos oleh 6 personaliti berbeza yang tidak jemu membawakan anda hiburan berterusan.

Hwajeong, Oh!K, Astro Korean Pack

Hwajeong (Hari Sama di Korea)
Selasa & Rabu 8.55 malam
Pelakon: Cha Seung Won, Lee Yeon Hee, Seo Kang Jun, Lee Sung Min
Sinopsis: Putera Gwanghae yang keji bertindak menghalau kakak tirinya dan waris sah diraja dari istana kerana dia ingin menduduki takhta tersebut. Dalam pergelutan kuasa yang berlaku, Puteri Jeongmyeong berkomplot untuk membalas dendam bagi menuntut kembali hak kelahirannya.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan