Drama Baru ONE HD Mrs. Cop Kisah Detektif Wanita Korea

Leave a Comment
Mrs. Cop, Kim Hee Ae, ONE HD, Astro 393

Adakah anda sedang menonton drama Mrs. Cop yang kini sedang bersiaran? Drama ini telah disiarkan di ONE HD (Saluran 393 Astro B. yond) sejak 4 Ogos yang lalu. Peminat dapat menonton drama ini dalam masa 24 jam selepas disiarkan di Korea. Jika anda mencari drama Korea yang mempunyai unsur polis dan keluarga, tontonilah drama ini.

Drama Mrs. Cop ini yang diterajui oleh pelakon berpengalaman dan duta jenama SK-II ini iaitu Kim Hee Ae (Secret Love Affair, A Wife's Credentials) sebagai Choi Young Jin, ketua skuad detektif yang berjaya menyelesaikan setiap kes rumit tetapi gagal untuk menghabiskan masa dengan anak tunggalnya walaupun pada hari ulang tahunnya. Kim Min Jong (Secret Door, Reply 1994) turut berlakon sebagai Park Jong Ho iaitu ketua detektif jenayah berat dan kawan kepada Kim Hee Ae lebih daripada sepuluh tahun. Adakah akan muncul kisah cinta atau konflik di antara mereka?

Selain itu, ahli skuad Min Do Young (lakonan Lee Da Hee), Lee Se Won (Lee Gi Kwang) serta ramai lagi akan turut membantu menyelesaikan kes misteri yang ditemui.

Saksikan drama Mrs. Cop ini yang disiarkan setiap Selasa dan Rabu pada 8.55 malam di ONE HD (Saluran 393 Astro B.yond).

Mrs. Cop, Kim Hee Ae, Kim Min Jong, Son Ho Jun, Lee Da Hee

0 ulasan:

Catat Ulasan