Drama tempatan Daddy Dearest Tercalon dalam Seoul International Drama Awards

Leave a Comment

Pencalonan untuk Seoul International Drama Awards 2015 telah diumumkan. Drama bahasa Cina tempatan Daddy Dearest telah dicalonkan untuk kategori Anugerah Drama TV Terbaik pada 10 September ini.

Selain Daddy Dearest, drama lain yang turut bersaing dalam kategori yang sama ialah The Journey: Tumultuous Times (Singapura), Deng Xiaoping and China At A Turning Point (China), Midnight Diner (Jepun), Home Away From Home (Taiwan) dan drama tuan rumah Yoo-na Street.

Drama ini yang telah disiarkan di ntv7 akan bersaing dengan lebih 200 drama siri yang lain dari 48 negara termasuk China, Taiwan, Singapura dan Korea. Drama keluaraga ini mengisahkan Zhuang Zhi Yao seorang ahli perniagaan yang berpengaruh dan mempunyai kilang tekstil. Di pejabat dia seorang yang tugas dalam menjalani perniagaan tetapi apabila di rumah, dia seperti bapa penyayang yang lain. 

Setiap tahun, Malaysia memang menghantar drama dan rancangan hiburan keluaran tempatan untuk bertanding. Dari pemerhatian kami, penyertaan drama berbahasa Cina tempatan setiap tahun dihantar berbanding drama berbahasa Melayu. Rancangan hiburan pula dalam bahasa Inggeris. Tidak dinafikan drama berbahasa Cina menyentuh banyak topik dan genre.

Anugerah berprestij ini akan disiarkan pada 11 malam melalui saluran Korea MBC. Kami mengharapkan yang terbaik untuk drama Daddy Dearest ini.


0 ulasan:

Catat Ulasan