G-Dragon Jemput Peminat Bermalam di Rumah Kedua

Leave a Comment
G-Dragon, AirBnb, 2015, rumah, HongDae

Jika anda mempunyai impian untuk bermalam di rumah bintang pujaan, ia bakal menjadi realiti. Ini peluang sekali seumur hidup buat mereka yang meminati BIGBANG khususnya G-Dragon.

Melalui kerjasama dengan Airbnb, G-Dragon akan menjadi tuan rumah buat 5 peminat  bertuah dari negara Asia termasuk Malaysia. Peminat berpeluang untuk memenangi percutian 2 malam menginap di Studio Dukyang, Seoul kepunyaan G-Dragon dari 21 hingga 23 September ini. Mereka juga akan makan malam bersama G-Dragon dan akan diberi jadual perjalanan untuk Seoul gaya G-Dragon.

Studio ini merupakan tempat di mana G-Dragon menghabiskan masa sewaktu mula-mula menceburi bidang hiburan. Ia terletak di Hongdae yang terkenal dengan muzik indie dan seni.

Peraduan telah bermula dari 20 Ogos dan berakhir pada 29 Ogos ini. Hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas Untuk maklumat lanjut, lawati laman ini. Kami harap ada peminat dari Malaysia yang akan menyertai pertandingan ini dan berjaya.

G-Dragon yang tidak sabar untuk bertemu peminat juga telah membuat video mesej.


A photo posted by G-DRAGON (@xxxibgdrgn) on


G-Dragon, AirBnb, 2015, rumah, HongDae

0 ulasan:

Catat Ulasan