Jay Park Kembali ke Kuala Lumpur untuk Pelancaran Butik Coach

Leave a Comment
2015, Jay Park, Coach, KLCC, tatu

Sejak beberapa hari yang lalu, kecoh di kalangan peminat apabila terdapat desas-desus yang mengatakan penyanyi Jay Park akan datang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Lebih-lebih lagi apabila dikhabarkan dia akan menghadiri satu majlis tertutup di sini.

Jay Park telah menulis di twitter pada 20 Ogos yang mengesahkan lagi berita tersebut bahawa dia bukan sahaja akan melawat Kuala Lumpur tetapi juga akan ke Singapura pada minggu depan.
Lewat hari ini, lagi banyak info telah didedahkan, dia akan menghadiri perasmian semula butik fesyen COACH selaku duta jenama untuk label pakaian ini.

Info seperti berikut

Tarikh : 25 Ogos 2015 (Selasa)
Masa : 7 malam
Lokasi : Coach KLCC Store, Lot G01A-G01C Ground Floor

Hanya para tetamu yang diundang sahaja boleh memasuki kedai ini sewaktu pelancaran yang akan diadakan secara ekslusif dan tertutup ini.

Jika anda tidak dapat jemputan tetapi ingin melihat Jay Park di KLCC nanti, sila pastikan anda menghormati dia dan tetamu yang lain agar dia gembira sepanjang berada di sini. Jangan lupa untuk berkongsi kisah dengan kami.

Ini pula gambar-gambar sewaktu pelancaran butik COACH di Korea awal tahun ini dari laman web istyle24. Apa gaya Jay Park yang menjadi pilihan anda?

2015, Jay Park, Coach, KLCC, tatu

2015, Jay Park, Coach, KLCC, tatu

0 ulasan:

Catat Ulasan