‘Big Bang V Live’ Akan Datang ke V App!

Leave a Comment

Peminat K-Pop kini berpeluang untuk melihat secara langsung bintang kesayangan mereka menerusi V app yang menjadi sebutan ramai buat masa ini.

Catat tarikh berikut di kalendar jika anda peminat BIGBANG kerana mereka akan menemui peminat menerusi V app pada setiap Rabu yang telah bermula pada 2 September hingga 30 September ini. Rancangan 'Big Bang V Live' yang akan disiarkan pada 10 malam

Rancangan 'Big Bang V Live' yang pertama telah dihoskan oleh G-Dragon. Berjudul "One Plus One Equals G-Dragon - Let's Not Do Anything," G-Dragon telah berbual secara langsung bersama peminat global dalam suasana yang santai.

G-Dragon telah memberitahu peminat bahawa dia tidak mempunyai teman wanita. Ini mengukuhkan lagi khabar angin berkenaan yang dia telah tidak bersama lagi dengan teman wanitanya. Dia juga turut membuat panggilan telefon kepada seorang peminat bertuah.

Sementara itu, Taeyang akan membuat persiapan untuk rancangan seterusnya yang bertajuk "Taeyang's I'm going now, to eat" pada 9 September, di mana beliau sendiri akan melawat ke rumah peminat yang bertuah untuk makan bersama.

V app ialah aplikasi penyiaran bintang pada masa sebenar untuk peranti mudah alih yang membolehkan peminat berinteraksi dengan bintang K-Pop kegemaran. Aplikasi ini boleh didapati untuk Android dan iOS.


0 ulasan:

Catat Ulasan