CLC Akan Datang ke Malaysia

Leave a Comment
CLC

Kumpulan terbaru dari CUBE Entertainment iaitu CLC akan datang untuk bertemu peminat mereka di Malaysia. Ini kali pertama mereka ke Malaysia dan juga kali pertama ke luar negara untuk jelajah promosi. Mereka akan bertemu peminat di Kuala Lumpur dan Sabah pada Oktober kelak.

CLC terdiri daripada 5 orahg ahli iaitu Seung Hee, Yu Jin, Seung Yeon, Sorn dan Yee Eun. CLC membawa maksud Crystal Clear yang membawa maksud bersinar terang seperti kristal. Mereka juga mempunyai seorang ahli yang berasal dari Thailand iaitu Sorn yang memenangi K-Pop Star Hunt pada 2011.

Universal Music Malaysia telah mengeluarkan album edisi Khas Asia - Question. Album ini mengandungi lagu dari album mini pertam dan kedua mereka termasuk single terbaru mereka. Ini memang tidak patut dilepaskan. Peminat boleh membeli album ini dan membawa album untuk sesi bertemu peminat dan berpeluang mendapatkan tandatangan dari CLC!.

Tarikh : 10/10/2015 Sabtu
Waktu : 3 petang
Lokasi : 1Borneo Hypermall, GF Centre Atrium, Kota Kinabalu.

Tarikh : 11/10/2015 Ahad
Waktu : 6 petang
Lokasi : LG Concourse, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

CLC memang tidak sabar lagi untuk bertemu peminat di sini. Mari tengok video ucapan mereka untuk peminat Malaysia.





Kumpulan senior dari CUBE Entertainment iaitu Beast, 4Minute dan BTOB yang pernah hadir ke Malaysia telah merakam video menunjukkan sokongan mereka untuk CLC.







CLC

0 ulasan:

Catat Ulasan