HIGH4 Bakal Temui Peminat di Malaysia September Ini

Leave a Comment
HIGH4, Malaysia, 2015

Buat pertama kali, kumpulan HIGH4 akan menemui peminat di sini di beberapa lokasi. Mereka terdiri daripada empat orang ahli iaitu Sunggu, Alex, Myunghan dan Youngjun di bawah naungan N.A.P Entertainment. Mereka telah mencuri perhatian peminat apabila berduet dengan IU untuk lagu debut "Not Spring, Love, or Cherry Blossoms".

Apa yang mengejutkan mereka bukan sahaja akan bertemu peminat di satu lokasi, tetapi tiga lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Mereka teruja datang ke Malaysia untuk bertemu para peminat dan sekaligus membuat persembahan kali pertama di sini.

Peminat boleh menemui HIGH4 buat kali pertama pada 4 hingga 6 September 2015 sempena HIGH4 First Showcase Promo Tour Malaysia 2015 yang dibawakan oleh New Pro Star.

Jadual HIGH4 di Malaysia:

- 4 September 2015 (Jumaat) @ Seremban Prima, 7 malam
- 5 September 2015 (Sabtu) @ Summit Subang USJ, 4 petang
- 6 September 2015 (Ahad) @ Hartamas Shopping Centre, 2.30 petang

Selain itu Celebration Party akan diadakan di Hotel Silka pada 6 September 2015 pukul 6 petang. Untuk pembelian tiket di mana peminat boleh bertemu dekat dengan mereka, lawati Malaysia Kpop Music Club untuk maklumat lanjut dan terkini.

Mari tengok muzik video HIGH4 with IU(하이포, 아이유) - 봄 사랑 벚꽃 말고(Not Spring, Love, or Cherry Blossoms)

0 ulasan:

Catat Ulasan