HIGH4 Bertemu Peminat di Malaysia Buat Pertama Kali

Leave a Comment
HIGH4

Pada 4 September yang lalu bertempat di Neway, One Utama, satu sidang akhbar Kumpulan Kpop, HIGH4 untuk “HIGH4 First Showcase Promo Tour in Malaysia 2015” telah diadakan. Sidang akhbar berlangsung selama 1 jam bermula dari pukul 3 petang dihadiri oleh media dan blogger.

Sidang akhbar dimulakan dengan anggota kumpulan memperkenalkan diri masing-masing. HIGH4 terdiri daripada Alex (rapper), Sunggu (ketua kumpulan dan vocal), Myunghan (vocal) dan Youngjun (rapper dan anggota paling muda).

Sidang media diteruskan dengan sesi soal jawab. Soalan pertama adalah daripada MC, Miss Lynn kepada kumpulan HIGH4 . Miss Lynn bakal menjadi MC untuk semua aktiviti HIGH4 pada kali ini.

“Siapakah yang paling kacak dalam kumpulan Hh4?”. Mereka hanya menunjuk sesama sendiri. Antara soalan lain yang diajukan ialah ciri-ciri teman wanita ideal. Semua ahli memberikan jawapan yang berlainan. Sunggu menyukai gadis yang mempunyai senyuman menawan, Alex menyukai gadis yang tahu membezakan masa untuk serius dan bergurau, Myunghan pula menyukai gadis “innocent” dan Youngjun menyukai gadis yang hanya mencintai dirinya.

Selain daripada itu, semua ahli menunjukkan bakat istimewa seperti “rapping”, “beatbox” dan menyanyi. Semua mereka sangat berbakat.  Sidang akhbar di akhiri dengan sesi bergambar dan Myunghan sempat mengucapkan “Terima Kasih”. 

High4 telah mengadakan 3 buah persembahan di 3 lokasi berbeza iaitu di Seremban Prima pada 5 September, Summit Shopping Mall USJ pada 6 September dan diakhiri dengan Hartamas Shopping Centre pada 7 September.

Secara Keseluruhannya, kedatangan High4 ke Malaysia amat di nanti-nantikan oleh High5 (nama peminat untuk kumpulan High4). Peminat membanjiri lokasi-lokasi persembahan seawal pukul10 pagi lagi untuk mendapatkan VIP Tiket, pas untuk bergambar serta tempat duduk yang paling hampir dengan pentas supaya berada lebih dekat dengan High4. 15 minit sebelum persembahan bermula, pengacara majlis Miss Lynn meredakan penantian peminat-peminat yang hadir dengan sesi kuiz yang disertakan dengan hadiah bagi yang berjaya.

Peminat-peminat begitu teruja dengan persembahan yang dipamerkan oleh 4 jejaka kacak High4. Untuk promosi pertama di Malaysia, High4 menyajikan persembahan terbaik mereka kepada peminat yang hadir. Mempersembahkan lagu-lagu hit mereka seperti Baby Boy, Headache, Day by Day dan lagu-lagu lain untuk 3 lokasi berbeza iaitu True Love, Say Yes dan Time Out. Selain lagu mereka sendiri, High4 juga menyanyikan cover lagu Jason Mraz I'm Yours, Chris Brown With You dan Jay Sean Down.

Selain persembahan nyanyian, High4 juga mempamerkan bakat masing-masing bagi menambahkan interaksi bersama peminat-peminat yang hadir. Alex dan Myunghan mempamerkan bakat dalam "beatbox", Sunggu mempamerkan vokal yang mantap dan Youngjun dengan "rapping" yang di sambut dengan tepukan gemuruh oleh peminat. 

Bagi menambahkan lagi keterujaan peminat, satu permainan Teka Aksi telah diadakan di mana ahli-ahli HIGH4 turun dari pentas dan memilih sendiri peminat untuk menjadi pasangan untuk permainan tersebut. Ada peminat yang menangis kegembiraan kerana terpilih. peminat yang bertuah di panggil ke atas pentas untuk menjayakan permainan tersebut. Pelbagai aksi luar jangkaan di pamerkan oleh ahli High4 seperti menari lagu kumpulan kpop perempuan, berlakon seperti haiwan dan banyak lagi.

Persembahan terakhir menjadi kenangan lebih manis bagi peminat apabila HIGH4 menyanyikan lagu Not Spring, Love or Cherry Blossoms ft IU di mana peminat beramai-ramai menyanyikan rangkap IU.

Setelah selesai persembahan, acara bergambar dan tandatangan diadakan bagi peminat yang mempunyai pas bergambar dan membeli album HIGH4 daripada penganjur.

Promosi HIGH4 di Malaysia bukan sahaja di hadiri oleh peminat dari Malaysia, malah peminat dari Jepun, Thailand dan Singapura juga turut hadir untuk bertemu HIGH4 di Malaysia.

Terima kasih kepada New Pro Star kerana menjemput Buletin Kpop menghadiri acara ini.

HIGH4

HIGH4

HIGH4

HIGH4

Oleh: Shery Kim

0 ulasan:

Catat Ulasan