'Infinite Challenge' Bawa Pulang Hadiah Utama di Korean Broadcasting Prizes

Leave a Comment

Banyak program hiburan Korea yang telah mencuri perhatian peminat baik di tanah air sendiri atau di luar negara. Rancangan hiburan nombor satu di Korea iaitu Infinite Challenge telah membawa pulang anugerah Daesang atau hadiah utama di Korean Broadcasting Prizes 2015 yang telah diadakan baru- baru ini di Seoul. Majlis anugerah ini diadakan untuk mengiktiraf individu serta mereka yang terlibat dalam menjayakan drama, rancangan hiburan dan berita di atas sumbangan dan pencapaian cemerlang mereka.

PD Kim Tae Ho selaku pengarah program ini telah menerima anugerah tersebut. Dia ialah tulang belakang program ini sejak disiarkan.

Memasuki tahun yang kesepuluh ke udara, Infinite Challenge adalah program hiburan yang paling banyak ditonton dihoskan oleh personaliti yang mempunyai watak gila-gila sanggup menempuh cabaran yang mengarut, tidak masuk akal dan tidak mungkin dapat dilakukan. Antara hos popular yang telah menyertai program ini sejak awal lagi ialah Yoo Jae Suk, Park Myung Soo, HaHa, Jung Hyung Don dan Jung Jun Ha. Kwang Hee yang baru sahaja menyertai rancangan ini juga turut menjadi sebutan.

Misi yang mereka jalani menjadi perhatian ramai terutama untuk beberapa misi yang telah dilakukan pada tahun ini seperti "Saturday, Saturday is for Singers", "2015 Yeong Dong Highway Music Festival dan Infinity Challenge's Delivery. Dari episod yang membawa semula penyanyi popular 90an sehingga misi menghantar makanan yang dipesan. Setiap cabaran membawa gelak ketawa, hiburan dan air mata. Semoga dengan pengiktirafan ini menyebabkan penerbit, hos dan mereka yang terlibat lebih bersemangat dan terus menerbitkan hiburan untuk seisi keluarga.

Rancangan ini turut disiarkan di Malaysia, minggu yang sama di Korea pada setiah Sabtu pukul 8 malam ekslusif di Oh!K (Saluran Astro 394).





0 ulasan:

Catat Ulasan