Tunjuk Bakat Tarian K-Pop Anda Dalam K'Storm Vol.1 Dance Cover

Leave a Comment

Anda gemar menari dan meniru tarian K-Pop artis kegemaran anda serta berkongsi di laman sosial? Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat dan juga memenangi hadiah yang menarik. K’ Storm VOL. 1 Dance Cover Competition 2015 akan bermula Oktober ini di Lembah Klang dan akan berkunjung ke pusat membeli-belah di 5 negeri.

K’ Storm VOL. 1 Dance Cover Competition 2015 yang menyasarkan penari yang meminati tarian K-Pop dengan memberi peluang untuk menunjukkan minat dan bakat terhada K-Pop. Pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia. Mereka yang berminat boleh menghantar video tarian untuk sesi ujibakat. Saringan akan diadakan untuk memilih 15 pasukan terbaik untuk pusingan akhir nanti.

Barisan juri terdiri daripada Dayana Anith, Yoro Ng, Joel Tee dan Suanne Chong. Mereka terkenal di kalangan peminat tarian K-Pop di Malaysia serta mempunyai pengalaman luas dalam tarian K-pop.

Hadiah-hadiah yang berjumlah lebih dari RM20,000 menanti para pemenang untuk pertandingan ini. Juara akan memenangi wang tunai RM8,000, naib juara dan tempat ketiga pula akan mendapat RM4,000 dan RM2,000. Selain itu, peserta uga berpeluang untuk memenangi kategori Best Group Attire Award, Audience Choice Award dan Most Voted on Facebook Award.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini pertandingan ini atau untuk menghantar permohonan anda melalui saluran rasmi www.facebook.com/kstorm.mu , www.megaultimate.com.my atau www.facebook.com/megaultimate .



0 ulasan:

Catat Ulasan