DUTA JENAMA SHOKUBUTSU JI CHANG WOOK BAKAL TIBA DI SINGAPURA PADA 6 DISEMBER 2015!

Leave a Comment
 
Singapura, 25 Nov 2015 – Pada 6 Disember 2015, pelakon pujaan Korea Ji Chang Wook akan muncul buat kali pertama ke republik Singapura selaku duta jenama Shokubutsu.

Lion Corporation Pte Ltd
berbesar hati mengumumkan Ji Chang Wook selaku duta jenama Shokubutsu di Singapura.  Kami merasakan Ji Chang Wook adalah calon terbaik bagi mewakili lelaki ideal – memahami, prihatin, mesra dan suka dimanja. Ciri-ciri tersebut sangat menepati krim mandian pelembap mewah baru Shokubutsu iaitu Shokubutsu RevitaCare Body Foam yang diformulasi dan diuji secara dermatologi.  Krim mandian tersebut juga berupaya memberi belaian dan penjagaan kulit secara alami.

Penglibatan Ji Chang Wook di dalam drama pertama beliau iaitu Smile Again sebagai watak utama Dong-Hae telah mengungguli carta kedudukan selama 15 minggu berturut-turut.  Menerusi drama tersebut beliau dianugerahkan Pelakon Terbaik dalam kategori Drama Harian di KBS Drama Awards tahun 2010.  Antara drama lakonan beliau ialah Warrior Baek Dong-soo, Empress Ki dan Healer di mana beliau telah memenangi anugerah Popularity Award di KBS Drama Awards.

Para peminat Ji Chang Wook berpeluang melihat beliau secara dekat di acara Shokubutsu Ji Chang Wook Public Appearance di Suntec City!

ACARA KEHADIRAN TERBUKA (PUBLIC APPEARANCE EVENT)
Tarikh/Hari: 6 Disember 2015, Ahad
Masa: 5.00pm
Lokasi: Suntec City, Level 1, West Atrium, 3 Temasek Boulevard

Mari kita lihat video Ji Chang Wok menjemput anda untuk menemuinya Ahad ini di Kota Singa.
 

0 ulasan:

Catat Ulasan