Seruan kepada penggemar kdrama dari Malaysia: JOM memeriahkan CARI 2015 K Drama Awards

Leave a Comment



CARI K Drama Awards kembali lagi. Kali ini sudah masuk tahun ke-4 penganjurannya. Terima kasih pada CARI Forum yang menyediakan platfom untuk peminat-peminat K-Drama dalam kalangan rakyat Malaysia menentukan drama terbaik dan popular pilihan mereka. Anda boleh rujuk sumber di bawah untuk mengetahui pemenang-pemenang terdahulu.

Bukan senang untuk memulakan penganjuran sesebuah anugerah kdrama tanpa sokongan berterusan daripada anda semua. Setiap inci nukilan yang dijadikan ulasan bagi sesebuah drama (“Review”) dijadikan teras utama dalam penilaian calon-calon anugerah tertentu dalam CARI K drama Awards. Pihak auditor yang dilantik setiap tahun bertanggungjawab mengkaji ulasan-ulasan anda untuk dipertimbangkan calon-calon yang layak menduduki kategori-kategori dipertandingkan. Pihak auditor menilainya dengan penuh kritis tanpa bersikap prejudis dan bias terhadap sesuatu kandungan. Oleh itu, CARI K Drama Awards bukanlah bersandarkan populariti semata-mata, tetapi ia adalah gabungan kedua-dua elemen “kritik” dan “populariti” dalam menentukan pemenang anugerah.

Tidak terlanjur untuk mengatakan CARI K Drama Awards ialah satu-satunya anugerah kdrama yang pernah dibuat oleh peminat-peminat kdrama Malaysia. Seperti juga Daehan Drama Awards di mana peminat-peminat K Drama dari serantau kota London terlibat, begitu juga CARI K Drama Awards yang mendapat sokongan anda, rakyat Malaysia. Boleh dikatakan CARI K Drama Awards juga anugerah yang menyerupai Baeksang Art mahupun APAN drama Awards tetapi dalam bentuk “online” kritik. Ia sedikit mirip Beanie awards yang dilakukan portal dramabeans setiap tahun tetapi skop pemilihnya lebih besar merangkumi sejumlah pengkritik daripada kalangan rakyat Malaysia. CARI K Drama Awards juga boleh pacu ke depan sekiranya terdapat usaha berterusan bagi memastikan anugerah ini mekar relevan dengan harapan mendapat liputan khas daripada pengeluar kdrama, Korea Selatan.


Sebahagian mereka di atas pernah terlibat sebagai auditor rasmi CARI K Drama Awards. Gambar sebenar boleh dilihat dari facebook Penganjur CARI K Drama.

4th CARI K drama Awards atau dikenali sebagai CARI 2015 K Drama Awards sudah pun bermula sekarang. Pencalonan kategori popular sudah dibuka di forum CARI. Anda hanya perlu klik ke sini untuk menghantar pencalonan:
Anda perlu mendaftar sebagai ahli forum jika anda bukan regular forumer. Untuk melibatkan diri anda dalam pencalonan kategori terbaik/”kritik”, anda mesti melawati bod Asian, Drama & Telenovela , CARI Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=325 . Di muka depan setiap benang (“thread”) terdapat kotak review untuk anda menghantar ulasan. Atau, anda boleh ke facebook Asian Celebrities CARI Forum di mana kami meletakkan LINK review box untuk anda memudahkan anda menghantar ulasan.

Pencalonan awal ditutup secara rasmi pada 20/12/2015. Pengumuman Top 5 akan dibuat pada 24/12/2015. Pengundian akhir akan berlangsung pada 25/12/2015 sehingga awal Jan 2016. Pemenang akan diumumkan sejurus sahaja peti undian ditutup. Kami mengalu-alukan jika anda ada idea ingin disumbangkan untuk memajukan lagi CARI K Drama Awards. Sila hantar ke email: dauswq@gmail.com . Maka, jangan tunggu lagi. Jika anda benar-benar peminat kdrama, jangan biarkan sumbangan anda berlalu kosong sahaja. Jadilah pengikut dan pengkritik tegar CARI K Drama Awards!
 
oleh dauswq

0 ulasan:

Catat Ulasan