Keputusan Anugerah Kdrama CARI yang Ke-5 (5th CARI Kdrama Awards) - Majlis Pengkritik Kdrama Malaysia (Maepk)

Leave a Comment
Drama Signal dinobatkan Drama of The Year dalam 5th CARI Kdrama Awards - Majlis Pengkritik Kdrama Malaysia (Maepk)

Pada Sabtu, 14 Januari 2017 akhirnya berlabuhlah tirai Anugerah K Drama Cari yang merupakan kali  kelima dianjurkan oleh Cari Forum dan yang pertama dianjurkan oleh Kelab Pengkritik dan Peminat Korea (KMania) sejak diperkenalkan pada tahun 2012. Setiap pencalonan yang dipilih adalah berdasarkan daripada ulasan drama yang dihantar oleh forumer CARI. Biasanya, selepas drama selesai, Majlis Pengkritik K Drama  Malaysia  diminta memberi ulasan kritikal dan panjang. Proses analisis yang telah dilakukan secara kritis tanpa sebarang prejudis atau berat sebelah yang mempengaruhi populariti atau impak sesebuah drama. Kami mengambil semua ulasan kdrama daripada tiga penyiar utama - KBS, SBS & MBC dan saluran kabel - TVN, JTBC, OCN. Manakala bagi kategori populariti, kami telah membuka proses pengundian supaya mereka boleh memilih kegemaran mereka.

Drama bergenre jenayah - Signal akhirnya dinobatkan sebagai Drama Of The Year di Majlis Anugerah K Drama CARI 2016 selain memenangi enam daripada  8 pencalonan dalam 12 anugerah bagi kategori terbaik. Drama yang disiarkan disaluran kabel TVN sebanyak 16 episode telah berjaya mengenepikan pesaingnya seperti Age Of Youth, Beautiful Mind, Decendants Of The Sun, Shopping King Louie, Jealousy Incarnate, Another Oh Hae Young, Reply 1988 dan The Good Wife . Apa yang mengejutkan, Signal juga berjaya memenangi kategori Favorite drama setelah mengalahkan Decendants Of The Sun, Jealousy Incarnate, Another Oh Hae Young dan W-Two Worlds.
Drama Decendants Of The Sun dan Jealousy Incarnate masing-masing berjaya mengaut Anugerah Popular terbanyak bagi tahun 2016. Keputusan kali ini bagaimanapun dilihat berbeza penuh warna-warni kerana penggemar drama korea kini semakin matang dalam aspek pemilihan antara kualiti dan populariti.

[tvN] Signal yang dibintangi oleh Jo Jin Woong, Lee Je Hoon, Kim Hye Soo, Jang Hyun Sung, Jung Hae Kyun ini dinobatkan 
Drama of The Year, di samping memenangi Best Director, Best Screenplay, Best Actor, Best Ensemble Casts dan Best Original Score.

Drama Signal merupakan sebuah kisah penyiasatan yang mengambil inspirasi daripada kes-kes jenayah yang popular di Korea Selatan terutamanya 'cold case' yang disadurkan dalam bentuk naratif yang tampak 'unbelievable' atau fantasi tetapi masih kekal realistik dan mengagumkan. 'Unbelievable' disini membawa maksud masa lalu dan masa kini disambungkan melalui sebuah walkie-talkie yang lama. 'Cold case' bermakna jenayah yang bertahun lamanya akan tetapi penjahat sebenar tidak dapat ditangkap /dakwa. Drama ini juga merupakan sebuah drama yang penuh emosi dan meninggalkan kesan yang mendalam dipengakhiran  cerita. Drama ini bekerja keras untuk menjadikan setiap plotl dan ruang-ruang kelihatan realistik sebaik yang mungkin, dan tidak pernah memberi peluang untuk anda berfikir yang lain. Selain dari karya dan pengarahan yang hebat, apa yang membuatkan drama ini nampak hebat adalah dari segi kekuatan para pelakonnya sehingga melayakkan drama ini meraih Pelakon Terbaik menerusi lakonan mantap Jo Jin Woong.

Manakala bagi PD's Awards For The Best Ensemble Cast pemenang kategori ini berkongsi kedudukan di antara dua buah drama yang menampilkan kredibiliti pelakon yang begitu cemerlang dan memberi impak kepada drama tersebut. Kategori ini turut dimenangi oleh Signal dan juga Reply 1988 yang menampilkan Park Bo Gum, Hye Ri, Sung Dong Il, Ryu Jun Hyeol, Choi Moo sung, Kim Sung Kyun, Ra Mi Ran, Ryu Hye Young.


Kategori Best Supporting Actor menampilkan kejutan apabila Nam Goong Min yang melakonkan Nam Gyun Man, seorang yang panas baran dan juga tak berperikemanusiaan dinobatkan sebagai pemenang menewaskan Kim Eui Sung (W) , Jin Goo (Descendants of The Sun) dan lain-lain. Ini kemenangan pertama beliau menerusi pencalonan kedua dalam kategori ini.

Lakonan hebat dan meyakinkan Jeon Do Yeon (The Good Wife) telah melayakkan beliau memenangi anugerah Best Actress. Pelakon hebat Ra Mi Ran pula berjaya memenangi Best Supporting Actress menerusi Reply 1988.  Kategori Best Cinematography pula dirangkul oleh Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo setelah mendapat kritikan positif secara keseluruhan .

Untuk kategori komposisi runut-runut bunyi, Yoon Mirae - Always  (Decendants Of The Sun) dianugerahkan pemenang Song of The Year yang juga membawa pulang Best Album Production untuk drama yang sama. Hampir kesemua runut-runut lagu yang dimuatkan ke dalam drama berkenaan berjaya meraih posisi terbaik dalam carta Gaon dan Billboard Kpop Hot 100.

Untuk kategori popular, seperti Decendants Of The Sun dan Jealousy Incarnate berjaya mengungguli kategori terbaik.

Kategori Favorite Lengthy Drama dimenangi oleh Six Flying Dragons. Drama yang berkisarkan sejarah ini mempunyai 50 episodes dan dibintangi pelakon handalan seperti Yoon Ah In berjaya memikat hati pengundi untuk melayakkan mereka menang kategori tersebut.  Uncontrollably Fond dipilih sebagai drama terburuk (Worst Overrated Drama) kerana naratif yang dikatakan hancur dan  kurang keserasian yang dibawa kedua-dua pelakon utama selain mendapat banyak kritikan negatif.


Gong Hyo Jin sekali lagi memenangi Popular Actress setelah 4 kali berturut-turut tercalon sejak 2nd Cari Kdrama Awards. Kali pertama,
beliau memenanginya menerusi Master's Sun.

Sesuatu yang luar biasa apabila watak sebagai Putera Wang So dalam  Moon Lovers:Scarlett Heart Ryeo telah melayakkan Lee Jun Ki memenangi Popular Actor sekaligus menewaskan pencabar terdekat, Jo Jung Suk dan Song Joong Ki.

Sekali lagi lakonan hebat Jo Jin Woong (Signal) dan Ra Mi Ran (Reply 1988, Come Back Mister) memastikan kemenangan mereka bagi kategori Popular Ahjussi dan Popular Ahjumma. Bagi kategori Popular Rookie Actor dan Actress dimenangi oleh Nam Joo Hyuk (Moon Lovers:Scarlett Heart Ryeo, Cheese In The Trap) dan Kim Go Eun (Cheese In The Trap). Drama mereka yang masih lagi bersiaran (Weightlifting Fairy Kim Bok Joo dan Goblin) membantu sedikit sebanyak kemenangan mereka. Popular Child Actor dan Actress pula dimenangi oleh adik Seol Woo Young (Jealousy Incarnate)  serta adik Heo Jung Eun(Moonlight Drawn By A Clouds). Walaupun masih muda, tapi mereka tetap mempamerkan lakonan yang baik. Siapa sangka momen 'kissing' yang penuh dengan hawa nafsu di bilik persalinan melayakkan Jealousy Incarnate memenangi kategori Best Kissing Scene. Pasti ramai yang menyukai momen tersebut.

Pasangan "Song Song" merupakan singkatan bagi Song Joong Ki dan Song Hye Gyo telah berjaya meraih Couple of The Year 
menumpaskan pesaing-pesaing yang lain menerusi drama hit mereka, Descendants of The Sun.

Walaupun gagal memenangi kategori utama, drama No.1 Korea yang telah disiarkan di 27 negara iaitu Decendants Of The Sun berjaya memenangi empat anugerah. Seperti yang telah dijangka dua orang Song (Song Joong Ki dan Song Hye Kyo) berjaya merangkul anugerah Couple Of The Year dengan mengenepikan pesaing terdekat Jo Jong Suk dan Gong Hyo Jin.  Keserasian dua Song juga melayakkan mereka memenangi Best Memorable Scene . Pasti penggemar drama ini masih ingat momen Broadcast Confession kerana ianya berkaitan pengakuan serta luahan cinta Dr.Kang terhadap Kapten Yoo Shi Jin yang penuh emosi melalui rakaman suara telefon bimbit Dr. Kang yang dipancarkan melalui pembesar suara . Pengundi juga telah memilih drama ini untuk memenangi kategori Drama Poster Choice. Poster yang agak simple tapi punyai mesej tersirat yang ingin disampaikan.

Kejayaan besar Signal dalam anugerah kali ini seperti memberi sedikit warna kepada dunia kdrama. Seolah penggemar kini sudah lebih terbuka dalam soal pemilihan drama yang ingin ditontoni.  Semoga keputusan anugerah ini dapat dijadikan panduan pada anda yang masih lagi mencari drama yang ingin ditontoni sepanjang tahun lalu. Teruskan menyokong kdrama kerana banyak drama menanti untuk tahun 2017 ini.

5th CARI Kdrama Awards telah disiarkan secara langsung di laman Forum CARI Infonet. Untuk keputusan penuh sila klik DI SINI dan jika anda membaca ulasan drama yang telah dihantar oleh forumer CARI anda juga boleh klik link ini.




KEPUTUSAN RASMI ANUGERAH 5th CARI K-DRAMA, 2016.

KATEGORI TERBAIK:

Drama of The Year
[jtbc] Age Of Youth
[KBS] Beautiful Mind
[KBS] Descendants of The Sun
[MBC] Shopping King Louie
[SBS] Jealousy Incarnate
[tvN] Another Oh Hae Young
[tvN] Reply 1988
[tvN] Signal (*Winner*)
[tvN] The Good Wife

Best Director 
Kim Won Suk – [tvN] Signal (*Winner*)
Lee Sang Yeob – [MBC] Shopping King Louie
Park Shin Woo – [SBS] Jealousy Incarnate
Shin Won Ho  – [tvN] Reply 1988
Song Hyun Wook – [tvN] Another Oh Hae Young

Best Screenplay
Kim Eun Hee – [tvN] Signal(*Winner*)
Noh Hee Kyung – [tvN] Dear My Friend
Lee Woo Jung – [tvN] Reply 1988
Seo Sook Hyang   – [SBS] Jealousy Incarnate
Kim Tae Hee – [KBS] Beautiful Mind

Best Actor
Jang Hyuk – [KBS] Beautiful Mind
Jo Jin Woong -[tvN] Signal(*Winner*)
Jo Jung Suk – [SBS] Jealousy Incarnate
Lee Jun Ki – [SBS] Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo
Seo In Guk – [MBC] Shopping King Louie

Best Actress
Gong Hyo Jin – [SBS] Jealousy Incarnate
Han Ye Ri  – [jtbc] Age Of Youth
Jeon Do Yeon – [tvN] The Good Wife(*Winner*)
Kim Hye Soo – [tvN] Signal
Seo Hyun Jin – [tvN] Another Oh Hae Young

Best Supporting Actor
Jin Goo – [KBS] Descendants of The Sun
Key – [tvN] Drinking Solo
Kim Eui Sung – [MBC] W: Two Worlds
Nam Goong Min – [SBS] Remember(*Winner*)
Sung Dong Il – [tvN] Reply 1988

Best Supporting Actress
Kim Hye Ja – [tvN] Dear My Friend
Nana  – [tvN] The Good Wife
Ra Mi Ran – [tvN] Reply 1988(*Winner*)
Shin Rin Ah – [MBC] Marriage Contract
Song Yoon Ah – [tvN] The K2

Song of The Year
Always, Yoon Mi Rae – [KBS] Descendants of The Sun(*Winner*)
Don’t Worry Dear, Lee Juck – [tvN] Reply 1988
Like a Dream, Ben – [tvN] Another Oh Hae Young
Step Step, Suran – [SBS] Jealousy Incarnate
Tiger Moth, Monstar X – [MBC] Shopping King Louie

Best Cinematography
[SBS] Jealousy Incarnate
[MBC] W: Two Worlds
[tvN] Lets Fight Ghost
[tvN] Signal
[SBS] Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo(*Winner*)

PD’s Award for the Best Ensemble Cast
[tvN] Reply 1988 – Park Bo Gum, Hye Ri, Sung Dong Il, Ryu Jun Hyeol, Choi Moo sung, Kim Sung Kyun, Ra Mi Ran, Ryu Hye Young(*Winner – Tied*)
[MBC] Shopping King Louie – Seo In Guk, Nam Ji Hyun, Yoon Sang Hyun, Uhm Hyo Sup
[SBS] Jealousy Incarnate – Jo Jung Suk, Gong Hyo Jin, Go Kyung Pyo, Seo Ji Hye
[tvN] Signal – Jo Jin Woong, Lee Je Hoon, Kim Hye Soo, Jang Hyun Sung, Jung Hae Kyun(*Winner – Tied*)
[tvN] The Good Wife – Yoo Ji Tae, Jeon Do Yeon,  Yoon  Kye Sang, Nana, Kim Seo Hyung

Best Album Production
[SBS] Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo
[KBS] Moonlight Drawn By Clouds
[tvN] Reply 1988
[KBS] Descendants of The Sun(*Winner*)
[SBS] Jealousy Incarnate

Best Original Score
[tvN] The K2
[tvN] Another Oh Hae Young
[SBS] Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo
[tvN] Signal(*Winner*)
[SBS] Remember


KATEGORI POPULAR:

Favorite Drama
[KBS] Descendants of The Sun
[MBC] W- Two Worlds
[SBS] Jealousy Incarnate
[tvN] Another Oh Hae Young
[tvN] Signal(*Winner *)

Favorite Lengthy Drama
[SBS] Six Flying Dragon (*Winner *)
[MBC] Flower in Prison
[SBS] I have a Lover

Worst Overrated Drama
[KBS] Descendants of The Sun
[KBS] Moonlight Drawn By Clouds
[KBS] Uncontrobally Fond
[SBS] Doctors
[SBS] Entertainer

Popular Actor
Lee Jun Ki  – [SBS] Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo(*Winner*)
Jo Jung Suk – [SBS] Jealousy Incarnate
Lee Jong Suk  – [MBC] W- Two Worlds
Park Bo Gum  – [KBS] Moonlight Drawn By Clouds /[tvN] Reply 1988
Song Joong Ki – [KBS] Descendants of The Sun

Popular Actress
Gong Hyo Jin  – [SBS] Jealousy Incarnate(*Winner*)
Kim Yoo Jung  – [KBS] Moonlight Drawn By Clouds
Park Shin Hye – [SBS] Doctors
Seo Hyun Jin  – [tvN] Another Oh Hae Young
Song Hye Kyo – [KBS] Descendants of The Sun

Best Memorable Scene
[KBS] Descendants of The Sun – Broadcast confession(*Winner*)
[SBS] Jealousy Incarnate               – Hwa Shin and Jung Won fought earnestly while Pyo Nari focused on collecting the squids.
[tvN] Signal – Park Hae Young was observed by Dec. Lee Jae Han eating omelet alone in his childhood days.
[tvN] Another Oh Hae Young – Hae Young cursed Park Do Kyung for treating her badly
[SBS] Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo – “I’m not a pathetic man who drinks poison for a girl”

Couple of The Year
Song Jong Ki & Song Hye Gyo  – [KBS] Descendants of The Sun(*Winner*)
Lee Jong Suk & Han Hyo Jo – [MBC] W- Two Worlds
Jo Jung Suk & Gong Hyo Jin – [SBS] Jealousy Incarnate
Jin Goo & Kim Ji Won – [KBS] Descendants of The Sun
Park Bo Gum & Kim Yoo Jung – [KBS] Moonlight Drawn By Clouds /[tvN] Reply 1988

Popular Ahjussi
Jo Jin Woong  – [tvN] Signal(*Winner*)
Kim Eui Sung  – [MBC] W- Two Worlds
Kim Sang Ho – [tvN] Let’s Fight Ghost
Sung Dong Il  – [tvN] Reply 1988 / [SBS] Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

Popular Ahjumma
Ra Mi Ran – [tvN] Reply 1988(*Winner*)
Ye Ji Won  – [tvN] Another Oh Hae Young
Kim Mi Kyung  – [tvN] Another Oh Hae Young
Lee Mi Sook  – [SBS] Jealousy Incarnate

Popular Rookie Actor
Baek Hyun  – [SBS] Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo
Jin Young  – [KBS] Moonlight Drawn By Clouds
Nam Joo Hyuk  – [SBS] Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo / [tvN] Cheese In The Trap(*Winner*)
Onew – [KBS] Descendants of The Sun
Ryu Jun Yeol  – [tvN] Reply 1988 / [MBC] Lucky Romance

Popular Rookie Actress  
Hyeri  – [tvN] Reply 1988 / [SBS] Entertainer
Kim Go Eun –  [tvN] Cheese In The Trap(*Winner*)
Nana  – [tvN] The Good Wife
Park So Dam  – [KBS] Beautiful Mind / [tvN] Cinderella and Four Knights
Heo Young Ji – [tvN] Another Oh Hae Young

Popular Child Actor 
Jung Yoon Suk – [KBS] Moonlight Drawn By Clouds
Kim Hyun Bin  – [tvN] Signal
Lee Seung Woo  – [tvN] Let’s Fight Ghost
Nam Da Reum – Six Flying Dragons
Seol Woo Hyung  – [SBS] Jealousy Incarnate(*Winner*)

Popular Child Actress
Heo Jung Eun – [KBS] Moonlight Drawn By Clouds(*Winner*)
Hyun Seung Min – [MBC] W- Two Worlds
Kim Seol – [tvN] Reply 1988
Lee Re  – [SBS] Please Come Back, Mister
Shin Rin Ah  – [MBC] Marriage Contract

Best Kissing Scene
[KBS] Descendants of The Sun – Truck Kiss
[KBS] Moonlight Drawn By Clouds  – Confession Kiss
[MBC] W- Two Worlds – Jail Kiss / Handcuffs Kiss
[SBS] Jealousy Incarnate  –  Changing room kiss (*Winner*)
[tvN] Another Oh Hae Young – Wall Kiss

Drama Poster Choice

[KBS] Descendants of The Sun(*Winner*)
[KBS] Moonlight Drawn by Clouds
[SBS] Scarlet Heart: Ryeo
[tvN] Signal
[MBC] W – Two Worlds


oleh: Runaway_dida

0 ulasan:

Catat Ulasan