Saimdang, bakal ditayangkan di Malaysia Januari ini di Oh!K

Leave a Comment
Saimdang, drama bersiri Korea yang dinanti-nantikan, bakal ditayangkan di Malaysia Januari ini
Pelakon Jewel in the Palace, Lee Young-ae kembali setelah senyap selama sedekad, kini memegang watak utama Saimdang



KUALA LUMPUR, 19 Januari 2017 – Biduanita Lee Young-ae kini kembali ke medan lakonan selepas kemunculannya di kaca TV 13 tahun yang lalu.  Beliau memegang watak utama dalam siri Saimdang, drama Korea terbahru Oh!K. Saimdang yang mengisahkan kisah cinta yang berkisar kepada kehidupan tokoh bersejarah Korea – Shin Saimdang. Siri ini bakal ditayangkan secara sulung dengan dua episod serentak pada 26 Januari 2017 (Khamis), pada pukul 9.00 malam.  Dibawa secara eksklusif menerusi Oh!K (Saluran Astro 394), para peminat dapat menonton episod baharu bagi siri ini setiap hari Rabu dan Khamis, pada pukul 9.00 malam.

Lee Young-ae telah mendapat pergiktirafan di peringkat antarabangsa pada tahun 2003 untuk prestasi lakonannya dalam siri televisyen yang meraih kemenangan anugerah, Jewel in the Palace. Drama tersebut kini turut ditayangkan menerusi Oh!K, dan telah pun dieksport ke 91 buah negara, dan telah memberi sumpangan kepada fenomena peningkatan pengaruh budaya pop Korea di merata dunia.

Saimdang yang berlatar masa era zaman Joseon dan zaman mutakhir menyusuri kisah fakta dan fiksyn. Ia mendedah kehidupan seorang wanita Korea abad ke-16. Dengan pengkisahan yang cukup menarik, Lee Young-ae memegang watak utama sebagai wanita tradisional berkenaan (Shin Saimdang) dan watak wanita moden era terkini sebagai - Seo Jiyun, seorang pensyarah sambilan di sebuah universiti. Kisah drama bermula dengan Seo Jiyun menemui senaskhah diari milik Shin Saimdang di Itali, dan berkembang dengan usahanya ingin membongkar misteri sebuah lukisan yang dijumpai di dalam diari tersebut.

Berlakon bersama Lee Young-ae ialah Song Seung-heon (East of Eden, Autumn in My Heart), yang merupakan bintang kesayangan popular warga Korea. Selepas berehat selama tiga tahun, beliau kembali berlakon untuk tempoh jangkamasa pertama siri drama ini, dan memegang watak Lee Gyeom, iaitu pasangan cinta Shin Saimdang. Para penonton akan dapat menyaksikan sudut perwatakan yang berbeza lakonan aktor ini dalam Saimdang.

Pastikan anda menonton tayangan sulung episod berganda Saimdang, yang siarannya serentak dengan waktu siaran di Korea pada 26 Januari 2017 (Khamis) pada pukul 9.00 malam eksklusif menerusi Oh!K (Saluran Astro 394). Episod baru akan disiarkan setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Oh!K dan programnya, sila layari Laman Web Oh!K atau Oh!K Facebook.

Mengenai Drama Saimdang                   

Satu perjalanan yang saling sulam menyulam antara kisah hidup Jiyun (dibintangi oleh Lee Young-ae), seorang pensyarah universiti bidang seni Korea era masa kini, dan Shin Saimdang – satu tokoh sejarah silam.  Pengkisahan sebenar yang dibawa oleh siri drama jenama terbaru.  Selepas Jiyun terserempak dengan sebuah diari milik tokoh wanita di sejarah silam yang bernama Shin Saimdang, beliau tambah terpesona lagi terleka sebaik terjumpa sebuah potret misteri di dalam buku catatan peribadi tersebut. Demi mencari dan untuk memperoleh sejarah di sebalik gambar berkenaan, Jiyun berusaha mengesan tempat simpanan potret sebenar.  Di celah siasatan dan penerokaannya, imbasan riwayat hidup dan rentetan kisah cinta  Saimdang terjelma.

Saksikan promo rasmi di:
·         https://vimeo.com/197864392 (Bahasa Inggeris)
·         https://vimeo.com/197864417 (Mandarin)
·         https://vimeo.com/197864428 (Bahasa Malaysia)



Saimdang - Premieres 26 Jan (English) from TurnerPRAsiaPac on Vimeo.


Barisan Pelakon
                              

Lee Young-ae
(Melakon watak Seo Jiyun dan Shin Saimdang)

Lee Young-ae, seorang aktres ternama di arena hiburan Korea. Beliau memulakan kerjaya menerusi peranan kecil dalam filem pengiklanan pada 1991, bersama Andy Lau. Pada 1995, jelitawan ini kembali mengikuti pengajian dalam bidang paling diminati, iaitu lakonan.

Sepuluh tahun menyepi selepas muncul dalam drama popular terakhirnya, Jewel in the Palace, Lee Young-ae kini kembali menggegar dunia lakonan.

Aktres yang mendapat pujian melangit kerana lakonan hebat dalam Jewel in the Palace, serta sumbangan beliau mencetus kegilaan global kepada drama cerita Korea ini, telah dianugerah Medal of Culture Merit pada 2007, dari kerajaan Korea Selatan.

Lee Young-ae melakon dua watak dalam drama bersiri Saimdang. Beliau melakonkan watak Seo Jiyun, seorang ibu muda kepada seorang anak lelaki berumur lapan tahun yang seorang pensyarah sejarah di sebuah universiti. Ketika berada di Itali, beliau terserempak dengan sebuah buku lama yang disyakki catatan penulisan Saimdang.  Bermula saat itu, rasa ingin tahu beliau mendorongnya meneroka dan terjebak dengan pelbagai suratan takdir.

Beliau juga melakon watak Shin Saimdang, wanita yang telah menulis “the Sujinbang Diary” iaitu naskhah yang ditemui oleh watak Seo Jiyun. Shin Saimdang juga merupakan seorang pelukis berderia warna yang sangat menakjubkan.



Song Seung-heon (Melakon watak Lee Gyeom)

Song Seung-heon adalah aktor yang cukup terkenal lagi diminati di Korea Selatan. Beliau disanjung dan dipuja kerana raut wajah yang tampan lagi menawan. Song Seung-heon memulakan kerjaya sebagai seorang model untuk jeans jenama STORM.

Beliau terbabit dalam bidang lakonan apabila berlakon dalam sitkom televisyen 1996, Three Guys, Three Girls, dan terus mendapat kejayaan cemerlang dalam bidang tersebut sehingga hari ini.

Populariti beliau melonjak naik setelah berlakon dalam drama tahun 2000, Autumn in My Heart, menyebabkan beliau dinobat antara bintang Hallyu terkemuka dan terlaris.

Song Seung-heon telah membintangi banyak filem dan drama popular, termasuk East of Eden (2008), My Princess (2011), Dr. Jin (2012), When a Man Loves (2013).

Dalam Saimdang, beliau melakon watak Lee Gyeom, seorang pemuda yang bersemangat untuk bebas tetapi dilingkungi sebuah rumah yang sebenarnya adalah penjara.  Dia lelaki yang tidak pernah berhenti daripada mencintai Saimdang, dan kekal setia kepada wanita itu sehingga akhir hayatnya. Watak lelaki hebat ini persis versi Joseon, seorang yang berbudi pekerti mulia, yang menghargai setiap langkah dan bayangan wanita dicintainya.

-Tamat-


Mengenai Oh!K
Oh!K menyajikan penonton dengan hiburan terhebat Korea, termasuk siri drama premium selain program pelbagai dan muzik. Jenama yang diperkasa oleh studio utama dan pencipta kandungan merangkumi MBC, satu daripada penyiar peneraju dan penyedia kandungan Korea, Oh!K adalah untuk semua yang menyukai drama – siri popular yang dipakej secara ikonik dan memenangi anugerah daripada katalog kandungan yang tiada saingan. Saluran ini boleh diperoleh di Asia Tenggara dan menyediakan penonton tempatan akses kepada tayangan pertama dan eksklusif, kebanyakannya sejurus sahaja tayangan perdana di Korea. Oh!k adalah jenama yang dicipta dan diedarkan oleh Turner, sebuah syarikat dalam Kumpulan Time Warner. Layari OhK-tv.com untuk jadual penuh dan Facebook.com/OhKTVAsia.

0 ulasan:

Catat Ulasan