Tentang Kami


BULETIN KPOP
 
~Bukan Sekadar Berita Kpop Biasa~
 
Bermula di twitter hanya sekadar suka-suka, dari hanya menterjemahkan tajuk-tajuk artikel K-Pop dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Sedikit-sedikit kami cuba untuk menulis artikel dari hasil penulisan kami sendiri. Kadang-kadang ianya berkaitan acara K-Pop di dalam Malaysia. Kadang-kadang artis atau selibriti tempatan yang berkaitan dengan dunia Hallyu. Maka boleh dikatakan, apa sahajalah yang berkaitan Hallyu. Okay tak?
 
Kami mungkin tidak menulis banyak artikel seperti blogger atau media yang lain. Maklumlah, admin juga manusia biasa yang mempunyai kerja dan aktiviti masing-masing. Tapi, kami akan mencuba untuk memperbanyakkan lagi penulisan kami agar berita dan informasi berkenaan Hallyu dapat disebarkan kepada pembaca. Dan apa yang lebih penting, kami menggunakan Bahasa Malaysia yang juga boleh difahami oleh warga serantau Nusantara (Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan selatan Thailand)

Mari sokong kami dan bersama-sama memartabatkan Bahasa Malaysia selaku bahasa kebangsaan kita! Namun, ada beberapa perkataan Inggeris atau pinjam yang mungkin akan dikekalkan untuk tidak mencacatkan penyusunan ayat. Aja-aja~~~~~ Hwaiting!!!

 

Tarikh penting:
Twitter : 29 Mei 2013
Facebook : 30 Mei 2013
Blog : 30 Mei 2013

via Admin