CJ WOW SHOP Tawar Barangan Eksklusif Kumpulan Wanna One!


CJ WOW SHOP Tawar Barangan Eksklusif Kumpulan Wanna One!
CJ WOW SHOP membawa barangan eksklusif sensasi K-pop secara eksklusif kepada peminat di Malaysia

Berita gempar untuk peminat Wanna One! Bermula sekarang sehingga hari berlangsungnya konsert jelajah “ONE: THE WORLD tour” Wanna One (워너원) pada 21 Julai di Axiata Arena Bukit Jalil, rakyat Malaysia akan mempunyai peluang sekali seumur hidup untuk mendapatkan barangan eksklusif terbaru kumpulan Korea Selatan ini!

Barangan ini akan ditawarkan secara eksklusif di CJ WOW SHOP, dan para peminat boleh menonton program-program siaran langsung CJ WOW SHOP pada Ahad, 15 Julai di 8TV (1:00 petang) dan TV9 (3:00 petang) untuk melihat tawaran hebat ini. Semasa siaran segmen-segmen ini, platform beli-belah ini akan mempamerkan dan menjual produk-produk berikut:

Barangan Eksklusif Wanna One

·   Edisi terhad baju kemeja T ‘Ce& WannaOne Beat Wave’ pada harga RM199 sahaja untuk 4 helai
·   Kit peminat Wanna One pada harga RM199 sahaja untuk 6 barang, termasuklah kad bibir kumpulan itu yang menjadi kegilaan para peminat


Pelanggan yang membeli barangan eksklusif ini akan berkelayakan untuk menerima hadiah misteri Wanna One. Siapa cepat dia dapat! Mereka juga boleh membuat pesanan barangan ini lebih awal melalui laman e-dagang www.cjwowshop.com.my serta aplikasi mudah alih bermula dari 9 Julai.

Tawaran ini melambangkan kerjasama pertama antara CJ WOW SHOP dengan kumpulan K-pop. Selain itu, kerjasama ini adalah selari dengan peranan jaringan beli-belah ini sebagai platform media penuh yang bertekad memberikan pengalaman beli-belah menghiburkan kepada rakyat Malaysia. Di samping itu, rangkaian barangan K-pop di CJ WOW SHOP juga telah diperluaskan, sekaligus menunjukkan kemungkinan yang tiada batasan di CJ WOW SHOP.

Ingin mendapat tiket percuma?
CJ WOW SHOP juga akan menawarkan tiket konsert percuma kepada peminat Wanna One! Bermula dari 9 hingga 19 Julai 2018, anda berpeluang memenangi tiket konsert Wanna One serta barangan ‘Ce& WannaOne’ melalui beberapa langkah mudah ini.

Peraduan Wanna One CJ WOW SHOP
Langkah 1:
Ikuti Instagram @cjwowshop
Langkah 2:
Kongsikan semula Poster Peraduan Wanna One CJ Wow Shop Rasmi dari laman instagram @cjwowshop
Langkah 3:

Tag kawan yang anda ingin membawa bersama ke konsert Wanna One di Kuala Lumpur pada 21 Julai di Axiata Arena dengan kapsyen “I wanna go to Wanna One concert with ______” dan sertakan dengan hashtag #WannaOneWOW dalam kapsyen anda.

Pemenang akan diumumkan pada 20 Julai. Oleh itu, jangan lupa untuk tandakan kalender anda untuk mengetahui adakah anda pemenang bertuah!






Mengenai CJ WOW SHOP
CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah dari rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa. CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi beli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan. CJ O Shopping Co. Ltd.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cjwowshop.com.my


Menangi Barang K-Pop Eksklusif & Tonton "Weekend Variety Combo 2018" di Oh!K Julai Ini



Salam dari Oh! K, saluran Korea paling hangat masa kini!

Kita semua mempunyai hujung minggu dimana kita mendapati diri kita banyak memberi sebab dan alasan untuk tinggal di rumah daripada keluar dengan kawan-kawan dan keluarga. Julai ini, Oh! K (Astro Ch 394) menjemput anda untuk berseronok pada hujung minggu dan menyaksikan program variasi (variety show) yang terbaru, Dunia: Into A New World (setiap hari Sabtu pada 7.55 malam) dan I Live Alone (setiap hari Ahad pada pukul 7.55 petang), sebagai sebahagian daripada Kombo Variety Weekend 2018. Duduk sahaja di rumah tetap akan menjadi lebih menarik!

Anda berpeluang untuk memenangi barangan Oh-K eksklusif yang memaparkan bintang-bintang K-pop kegemaran anda seperti U-Know Yunho, K-rapper DinDin, TVXQ, dan pelakon Kwon Hyun Bin, apa yang anda perlu lakukan adalah tonton Oh! K setiap hari dari jam 7 malam - 12 pagi , kumpul kod laluan (code access) untuk membuka kunci permainan (unlock games) yang boleh anda mainkan dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik ini! Pertandingan ini akan bermula dari 1 Julai (Ahad) sehingga 22 Julai (Ahad). Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati laman mikro ini: www.ohk-tv.com/VarietyWeekend.

 Selamat Maju Jaya~ HWAITING!! 

SAMSUNG Memberikan Peluang Untuk Anda Menemui Wanna One Secara Langsung di Kuala Lumpur Julai Ini

Simpan  (Save) Wanna One dalam Siri Samsung Galaxy A atau J Baru Anda!

Nikmati paparan Infiniti yang ikonik dan Super AMOLED untuk pengalaman tontonan yang lebih jelas dan memenangi peluang emas untuk bertemu dengan Wanna One SECARA LANGSUNG!



Kuala Lumpur, 21 Jun 2018 - Wannables Malaysia, sudah tiba masanya untuk anda teruja kerana idola Kpop berkumpulan lelaki kegemaran anada, Wanna One yang kembali ke Kuala Lumpur untuk Konsert Solo mereka dalam acara Wanna One World Tour pada 21 Julai 2018! 

Selain Kuala Lumpur, Wanna One akan turut menjelajah 13 buah bandar antaranya ialah Melbourne, Dallas, Atlanta, Chicago, Singapura, Jakarta, Hong Kong dan juga Bangkok.

Untuk menambah keseronokan, Samsung Malaysia Electronics akan memberi anda peluang untuk memenangi sepasang tiket VIP bernilai RM1,596 untuk melihat Wanna One secara langsung!

"Wanna One adalah salah satu kumpulan paling popular yang meningkat naik di Korea Selatan, dan kami lebih teruja untuk melihat mereka secara langsung! Kami mahu berkongsi keghairahan besar kami untuk kemunculan konsert sulung mereka di Malaysia, dan apakah cara yang lebih baik untuk melakukannya daripada menghantar peminat ke sana? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada jelajah dunia mereka!", kata Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Untuk memenangi sepasang tiket emas ke World Tour Wanna One di Malaysia, apa yang perlu anda lakukan adalah memiliki Samsung Galaxy A6 +, A6, J6 atau J4 baru. Berikutan itu, apa yang perlu anda lakukan ialah mengambil gambar atau video dengan pos signature Wanna One’s “Save You In My Heart" dengan caption “Save Wanna One in my galaxy because…”  di mana anda boleh menyampaikan ayat-ayat kreatif dan yang anda rasa paling menarik! Akhir sekali, muat naik dan (share) kongsi gambar atau video anda di Facebook atau Instagram dengan hashtags #ProductName (Galaxy A6 +, A6, J6 atau J4), #WithGalaxy dan #GalaxyFanWeeks; Jangan lupa untuk tag @samsungmalaysia juga. Mudah kan!

150 penyertaan dengan pos dan caption terbaik akan memenangi sepasang tiket emas dan pengumuman pemenang akan dibuat melalui laman web dan halaman Instagram Samsung.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Ambil Samsung Galaxy A6 +, A6, J6 atau J4 baru hari ini! Dari 25 Jun dan seterusnya, anda juga boleh membawa pulang pelbagai barangan edisi terhad Wanna One  di kedai terpilih sambil memenangi pengalaman epik bersama Wanna One!

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai peraduan ini dan hadiah tiket emas ke World Tour Wanna One di Kuala Lumpur, sila layari http://www.samsung.com/my/offer/mobile-wannaone/


JELAJAH DUNIA WANNA ONE – ONE: THE WORLD DI KUALA LUMPUR JULAI INI



Wannables screammmmmmms!  Kumpulan idol kesayangan anda Wanna One bakal mengegarkan Malaysia dengan konsert jelajah dunia mereka di Kuala Lumpur Julai ini. Tak lama lagi tu.. Sebulan jer lagi ni..

Selain Kuala Lumpur, Wanna One akan turut menjelajah 13 buah bandar antaranya ialah Melbourne, Dallas, Atlanta, Chicago, Singapura, Jakarta, Hong Kong dan juga Bangkok. 

Wanna One yang dianggotai oleh Kang Daniel, Park Ji Hoon, Lee Dae Hwi, Kim Jae Hwan, Ong Seong Wu, Park Woo Jin, Lai Kuan Lin, Yoon Ji Sung, Hwang Min Hyun, Bae Jin Young and Ha Sung Woon meraih populariti melalui rancangan Produce 101 musim kedua.

Wanna One debut dengan lagu Energetic dan sekarang mereka popular dengan lagu Boomerang dengan gerak tari yang amat memukau penonton. Mahu melihat mereka dengan lebih dekat lagi? 

Butiran konsert adalah seperti berikut:

Tarikh:  21 Julai 2018, Sabtu
Tempat:  Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Masa:  8.00 pm
Harga Tiket & Kategori:  VIP (Berdiri) RM752 / VIP (Duduk)  RM752 / CAT 1 (Berdiri) RM724 / CAT 1 (Duduk) RM724 / CAT 2 RM630 / CAT 3 RM535 / CAT 4 RM347 

*tidak termasuk RM4 fee pemprosesan



Penjualan tiket telah bermula melalui laman web MyTicket secara berperingkat.  Sehingga kini hanya tinggal tiket-tiket CAT 1 (Duduk) RM724, CAT 2 (Duduk) RM630 dan CAT 1 (Berdiri) RM724 sahaja. 

Jadi tunggu apa lagi jangan lepaskan peluang anda untuk melihat kumpulan idol anda beraksi dengan lebih dekat buat kali ke-2 di Kuala Lumpur bulan hadapan!

Konsert ini dianjurkan oleh YJ Partners dengan kerjasama IMC Live Group.  Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman facebook YJ Partners.

MXM Mengunjungi Malaysia Untuk Pertama Kali Demi Peminat


1hb Mei 2018, MXM Match Up Fan Meeting in Kuala Lumpur



Baru-baru ini, kumpulan duo MXM  telah diterbangkan khas dari Korea Selatan bagi menjayakan acara perjumpaan dengan peminat di Malaysia. MXM merupakan satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat K-Pop di Malaysia. MXM yang dianggotai Lim Youngmin (23) dan Kim Donghyun (20) merupakan satu bakat besar yang berada di bawah naungan Brand New Music dan Warner Music Korea. Sebelum  ini, Youngmin dan Donghyun bersama-sama dua rakan seperjuangan, Lee Daehwi  dan Park Woo Jin dikenali sebagai Brand New Boysdan populariti mereka melonjak naik selepas mereka menyertai satu program realiti “Produce 101 Season 2” di mana Daehwi dan Woojin memenangi program tersebut dan debut sebagai ahli kumpulan Wanna One. 


MXM yang bermaksud Mix dan Match kemudiannya ditubuhkan sebagai projek unit dan secara rasminya Youngmin dan Donghyun memulakan karier seni mereka sebagai duo pada 6 September 2017 melalui lagu debut mereka yang berjudul “I’m The One”.



Dalam sidang akhbar yang berlangsung pada 30 April yang lalu, Youngmin yang menjadikan penyanyi Jay Park sebagai rol modelnya menyatakan hasratnya untuk mencuba konsep baru seperti  band muzik dan memandangkan mereka bernaung di bawah  satu label hip-hop, mereka juga ingin mencuba genre hip-hop. Lagu terbaru mereka,  Gone Cold’ dan ‘Love Me Now’ merupakan lagu yang mempunyai element atau konsep yang berbeza berbanding lagu mereka sebelum ini seperti ‘I’m The One’ dan ‘Diamond Girl’. Hal ini membuktikan MXM tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan mampu untuk membawa sesuatu konsep dengan baik.

YoungMin di Sidang Media


“Saya tak begitu mahir bermain alat muzik. Tetapi sekiranya diberi peluang, saya ingin mencuba konsep band muzik ini kerana saya sudah tahu bermain gitar dan piano”, ulas Donghyun apabila ditanya sekiranya mereka tahu bermain alat muzik. Seperti kumpulan idola yang lain, MXM juga mempunyai hasrat untuk berkolaborasi bersama penyanyi senior kegemaran mereka. 

DongHyun di Sidang Media


"Saya amat meminati penyanyi Jay Park sejak dari kecil dan sekiranya berpeluang, saya ingin berkolaborasi dengan beliau", ujar Youngmin. Donghyun pula berhasrat untuk berkolaborasi bersama penyanyi Crush dan duo Bolbbalgan4.

MXM Match Up Fan Meeting in Kuala Lumpur” yang dibawakan khas melalui usahasama iMe Malaysia dan Warner Music Malaysia ini telah berlangsung selama lebih kurang 2 jam bertempat di HGH Convention Hall, Sentul dan dihadiri kira-kira lebih 1,000 peminat. 



“Ini merupakan kali pertama kami datang ke Malaysia dan semasa berada di Korea, kami diberitahu bahawa ramai peminat di Malaysia ingin bertemu dengan kami. Jadi, kami berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa sendiri dengan peminat-peminat di sini dan kami akan berusaha untuk memberikan yang terbaik!”, ujar Donghyun yang meminati penyanyi Park Hyoshin di sidang akhbar apabila ditanya bagaimana perasaan mereka apabila berada di Malaysia. 



Youngmin yang lahir dan dibesarkan di Singapura kelihatan malu-malu apabila menjawab pertanyaan mengenai perbezaan atau persamaan antara Malaysia dan Singapura. "Saya tinggal di Singapura sehingga berumur 5 tahun. Jadi, saya tak berapa ingat memori ketika berada di Singapura kerana saya masih kecil ketika itu" ujarnya.



MXM mempersembahkan 6 buah lagu mereka yang berjudul ‘I’m The One’, ‘Errday’, ‘Just Come Out’, ‘Diamond Girl’, ‘Gone Cold’ dan ‘I Just Do’ dengan begitu bertenaga dan penuh bergaya. MXM juga kelihatan sangat mesra melayan para peminat dan mereka tidak menolak apabila peminat meminta mereka melakukan tarian seksi atau aksi comel. Sesi interaksi bersama peminat begitu meriah sekali ketika segmen 'Sejauh mana anda mengenali MXM' dan MXM juga mempamerkan kebolehan melukis mereka untuk segmen teka lukisan. Peminat bertuah yang dipilih sendiri oleh MXM membawa pulang poster dan lukisan yang dilukis oleh MXM beserta autograf.



Kemeriahan acara bertemu peminat ini dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu 'Rasa Sayang' oleh MXM sendiri! Mereka mengenakan sampin sambil menari dan menyanyikan lagu 'Rasa Sayang' bersama-sama peminat. Pengacara Hani Fadzil juga sempat mengajar beberapa ayat Bahasa Melayu seperti 'saya sayang awak' dan 'lek lu'(tunggu sekejap) kepada MXM dan mereka menyebut setiap ayat dengan fasih sekali!



Sebelum meninggalkan pentas, Youngmin berkata MXM tidak akan berada di pentas ini tanpa sokongan peminat mereka. "Saya sangat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama-sama peminat di sini dan saya tidak akan melupakan kenangan sepanjang berada di Malaysia. Saya berjanji akan terus berusaha keras sebagai balasan atas sokongan yang anda berikan", ujarnya. Tambah Donghyun, walaupun jarak di antara Malaysia dan Korea adalah sangat jauh, tetapi apabila berada di hadapan para peminat mereka, dia dapat merasakan dia sangat dekat dengan peminatnya di Malaysia. MXM juga berjanji kepada peminat mereka bahawa mereka akan berusaha keras dan kembali ke Malaysia pada masa yang akan datang.

Terima kasih kepada iMe Malaysia dan Warner Music Malaysia kerana menjemput Buletin Kpop. KLIK SINI untuk gambar-gambar foto MXM semasa di sidang media dan fanmeeting.

Artikel oleh : Aya
Foto oleh : Opie